KENANGAN KRT ZON B SEMPENA MALIDUR RASUL 2009

>> Thursday, April 29, 2010

Masjid AL-FALAH Taman SriMuda akan mengadakan perarakan sempena sambutan MAULIDUR RASUL pada 27 february 2010 hari sabtu bermula 8:00am hingga 12:00 tengahhari.


Tentetif program sambutan Maulidur Rasul 1431 H / 2010 M.

7:30 pagi – 8:00 Pagi (semua peserta berkumpul diperkarangan Masjid Al-Falah)

8:15 Pagi – Taklimat program perarakan dan Taklimat daripada Polis(PDRM)

8:25 Pagi – Doa

8:00 Pagi – Perarakan bermula

10:15 Pagi – Ceramah oleh Y.Bhg Dato’Hasan Mamud Al-Hafiz

11:45 Pagi – Jamuan Makan

12:00 TengahHari – Majlis Bersurai




Mesyuarat RukunTetangga Taman SriMuda Zon B pada 17 february lalu,sebulat suara bersetuju untuk menghantar peserta bagi mewakili penduduk Taman Srimuda zon B menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul pada 27 february 2010.
 Perarakan bermula dari perkarangan Masjid Al-Falah Taman SriMuda

Read more...

IMBASAN KENANGAN RAYA 2008








Read more...

PERJUMPAAN BLOK

>> Saturday, April 24, 2010


Taman SriMuda Zon B akan mengadakan perjumpaan dengan penghuni blok bagi melantik ketua blok dan membincangkan permasalahan blok pada 24 april 2010 jam 9:00 malam,bertempat didewan orang ramai Zon B.Perjumpaan akan bermula dari blok 3Q dan seterusnya hingga semua blok dikawasan Taman Sri Muda Zon B selesai.Perjumpaan ini akan dipengerusikan oleh En.Sapari selaku pengerusi Rukun Tetangga Taman SriMuda Zon B.Tujuan perjumpaan ini diadakan bagi mengetauhi jumlah penduduk disetiap blok dan alamat rumah mereka.Dengan cara ini penduduk dapat saling mengenali antara satu sama lain dan memudahkan pihak berkuasa termasuk rukuntetangga mengetauhi lokasi rumah pendatang tanpa izin dikawasan mereka.Penghuni blok setiap rumah yang tidak dapat hadir pada pertemuan ini atas sebab-sebab tertentu boleh menghantar wakil untuk mewakili rumah mereka.Kerjasama penghuni blok dikawasan Taman Sri Muda Zon B dalam perjumpaan ini sangat-sangat diharapkan.Notis pemberitauhan tentang perjumpaan ini akan ditampal disetiap sudut masuk dan tingkat blok selewat-lewatnya tiga hari sebelum perjumpaan diadakan.

Read more...

SKUAD BERMOTOR SRS

Team SRS berkumpul untuk makan malam sebelum mengawal lalulintas dibulatan Sri Kilat pada 10 april 2010 jam 9:00 malam sempena ceramah Umno di Sri Kilat Taman Sri Muda
Skuad bermotorsikal Team SRS menyambut penceramah UMNO dan mengiringi mereka ke dewan Masyarakat Sri Kilat.

Read more...

Rondaan hujung Minggu

>> Sunday, April 18, 2010


Seperti biasa setiap malam minggu anggota Polis diketuai Sarjan Bostaman akan memberi sedikit taklimat kepada anggota SRS Taman Sri Muda sebelum membuat rondaan sukarela.Selain memberi taklimat beliau juga memberi peluang kepada SRS untuk bertanya  soalan berkaitan tahap keselamatan dikawasan Taman Sri Muda Zon “B”.Berikut beberapa photo yang sempat penulis blog SRS rakamkan pada malam ini 18 april 2010 dipusat kawalan SRS Zon B

Dari kiri,Sarjan Bostaman,en,Kashfi dan Pengerusi RukunTetangga en.Sapari
SRS yang datang kepusat kawalan SRS pada malam ini untuk membuat rondaan seramai 22 orang sahaja kerana cuaca hujan.

Read more...

Hulurkan bantuan anda

>> Friday, April 16, 2010

Hulurkan bantuan anda untuk rumah anak-anak yatim. Kos mereka makan sehari hanyalah dalam lingkungan RM50-RM80 sahaja. Walaupun hanya sayur terung goreng cili dan kacang panjang goreng kicap, namun selera mereka tetap sama seperti kanak-kanak lain juga. Jika anda berkemampuan kewangan sila bantu mereka ini, jika anda berkemampuan tenaga bakti ikhlas anda, sila hulurkan bantuan sukarela anda kepada mereka ini. Klik pada link dibawah untuk maklumat seterusnya. Terima kasih dan semoga usaha anda diberkati Tuhan.
 
Sila klik disini untuk senarai rumah anak-anak yatim Malaysia
Sumber Info: http://other-roads.blogspot.com/2009/09/other-roads-in-passage-of-ramadan.html

Read more...

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP