Majlis Perasmian Sambutan Bulan Perpaduan 2010

>> Monday, June 21, 2010

PERASMIAN OLEH: YB.SENATOR  TAN SRI DR. KOH TSU KOON
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

8:00 mlm  :  Ketibaan Para Jemputan

8:10 mlm  :  Ketibaan Ketua Pengarah,JPNIN Malaysia

8:15 mlm  :  Ketibaan YB.Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
                    Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

8:30 mlm  :  Majlis Dimulakan

                 :  Persembahan Nyanyian Koir
                    - Negaraku
                    - Perpaduan Bangsa

                 :  Bacaan Doa

                 :  Ucapan Aluan Oleh:
                    Y.Berusaha Tuan Haji Abdul Halim bin Omar
                    Pengarah JPNIN Negeri Selangor

                  : Ucapan Perasmian Oleh
                    YB.Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
                    Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

                  : Majlis Jamuan Makan Malam dan Persembahan
                    Kombo Jabatan Penjara Malaysia

                  : Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang

                    1. Tabika Perpaduan
                    2. Skim Rondaan Sukarela (SRS)
                    3. Rukun Tetangga

                  : Anugerah Khas- “Wira Perpaduan”

                  : Penyampaian Cenderamata

10:30         : Majlis Dijangka Bersurai

LOKASI: HOTEL DE PALMA SHAH ALAM SELANGOR D.E


Jumlah KRT yang hadir pada Majlis Perasmian Sambutan  Bulan Perpaduan hampir mencecah 1000 orang Ajk.Berikut beberapa photo yang sempat kami rakamkan pada Majlis Perasmian Bulan Perpaduan Peringkat Negeri Selangor 2010.Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Senator Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

SENARAI DIBAWAH MENUNJUKKAN SENARAI NAMA DAERAH PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG 2010 PERINGKAT NEGERI SELANGOR D.E.

ANUGERAH CEMERLANG TABIKA PERPADUAN

ANUGERAH CEMERLANG SRS

ANUGERAH CEMERLANG RUKUN TETANGGA


Read more...

Penghargaan Penduduk kepada Sarjan Bostamam

>> Friday, June 11, 2010



Taman Sri Muda Zon B- 9 Jun 2010..Sebagai tanda penghargaan dan rasa terima kasih penduduk serta semua Ajk Krt termasuk SRS sebulat suara untuk mengadakan satu majlis’MALAM PENGHARGAAN”kepada Ketua Balai Taman Srimuda Sarjan Bostamam atas perhidmatan beliau selama 3 tahun dikawasan Taman srimuda Zon B.Kehadiran beliau ke Taman Sri Muda telah merubah nama kawasan Sri Muda dari Zon "Jenayah" kepada Zon "bebas jenayah".Bukan sekadar kes jenayah pecah rumah,samun bersenjata dan ragut bermotosikal yang beliau dapat kurangkan dikawasan ini tetapi juga gejala mabuk dan bergaduh dikalangan warga Sabahan juga turut beliau kurangkan dari seratus peratus kepada 80 peratus. Kadar mabuk dan gaduh dikalangan sabahan di Taman Sri Muda semakin berkurangan ekoran tertubuhnya skim rondaan sukarela atau sinkatannya "SRS" yang dipantau sendiri oleh Sarjan Bostamam pada awal tahun 2008.Sebelum ini ramai kaki botol yang selalu membuat bising pada waktu malam hingga mengganggu penduduk Taman Sri Muda namun kini apabila srs mula bertindak tegas terhadap penduduk yang kaki botol  maka dengan itu kadar mabuk dan gaduh dikalangan remaja sabah di taman srimuda dapat dikurangkan.Walaupun tidak seratus-peratus gejala mabuk dan gaduh dapat dikurangkan tetapi sekurang-kurangnya 80 peratus kes mabuk dan gaduh di taman srimuda zon B dapat dikurangkan.Manakala 20 peratus lagi bukan dilakukan oleh penduduk taman srimuda sebaliknya orang luar yang datang menziarahi rakan-rakan mereka  disini kemudian  minum dan mabuk hingga terjadinya pergaduhan. Boleh dikatakan sebahagian besar warga Sabahan memberi kerjasama sepenuh hati kepada Sarjan Bostamam kerana beliau juga yang telah merapatkan hubungan antara Sabahan dengan kaum lain di Taman Srimuda ini. Sarjan Bostamam merupakan salah satu anggota  PDRM yang terbaik diTaman Sri Muda masa ini.


Ucapan alu-aluan dari pengerusi KRT T.S.M. Zon B,En.Sapari.
Seterunya ucapan  terima kasih dari penduduk diwakili oleh Ketua Biro Keselamatan T.S.M. Zon B,En Kashfi.
Berikut beberapa photo yang sempat kami rakamkan pada majlis "MALAM PENGHARGAAN" kepada ketua balai Polis T.S.M. Zon "B" Sarjan Bostamam.
Ucapan dari Sarjan Bostamam

Chief Ins. Khairoul Najmi Ketua Balai Polis Seksyen 15 shah alam sedang berucap

Anggota SRS dan penduduk T.S.M Zon "B"

Penyampaian CenderaHati dari Pengerusi dan Biro Keselamatan Krt T.S.M. Zon "B"
kepada Sarjan Bostaman 




Jamuan ringan turut disediakan oleh KRT T.S.M Zon "B"
Ajk dan anggota SRS bergambar bersama Anggota PDRM
Senarai photo yang sempat Jurukamera kami rakamkan.

Read more...

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP