Perarakan Maulidur Rasul 2011

>> Tuesday, February 15, 2011

Taman Sri Muda,Shah Alam,Perarakan Maulidur Rasul anjuran persatuan Aceh Malaysia yang diadakan diMasjid Al-Falah taman srimuda mendapat sambutan dari perbagai organisasi.Dianggarkan hampir 700 jemaah berarak bermula dari Masjid Al-Falah dan berakhir di Masjid Al-Falah juga.Tidak ketinggalan juga Ketua Balai Polis Taman Srimuda turut sama berarak bersama jemaah lain.


 Segak bergaya Sargen Halim(ketua balai polis taman srimuda)berarak dibarisan paling hadapan bersama dengan jawatankuasa Masjid Al-Falah.










Sekian dari saya udins penulis blog untuk krt dan srs Taman srimuda zon B.

 Barisan krt dan srs taman srimuda zon b


 Skuad bermotorsikal skim rondaan sukarela atau srs taman srimuda zon B pimpinan En.Sapari dan En.Kashfi


Read more...

SALAM MALIDUR RASUL

>> Monday, February 14, 2011


Read more...

Majlis ramah mesra bersama RELA bahagian petaling dengan SRS Taman Sri Muda Zon 'B

Program KRT TAMAN SRIMUDA ZON B awal tahun 2011 ini melibatkan RELA DAN SRS.Ulasan dalam posting ini tidak lengkap disebabkan kesibukan masa bekerja namun saya dapat merakamkan beberapa gambar mereka yang hadir pada majlis suai kenal dan mesra sesama organisasi.


















Majlis ramah mesra bersama RELA bahagian petaling dengan SRS Taman Sri Muda Zon 'B' telah diadakan pada 12 Februari 2011, bertempat di Dewan Orang Ramai Zon 'B', jam 8.30mlm

Read more...

INFO DARI SAUDARA MOKTHAR YAHYA KRT TSM ZON B

>> Thursday, February 10, 2011

INFO  DARI SAUDARA MOKTHAR YAHYA KRT TSM ZON B





Perarakan Maulidur Rasul akan diada pada 15hb Februari 2011, anjuran Masjid Taman Sri Muda, Shah Alam....oleh yang demikian saya wakil kepada Pengerusi KRT zon 'B" menjemput semua umat Islam di kawasan ini turun beramai-ramai bagi menjayakan program tahunan ini, sebarang maklumat lanjut saya akan war-war kemudian....sekian terima kasih

Read more...

Rondaan srs sempena tahun baru china 2011

>> Sunday, February 6, 2011

Sempena cuti tahun baru china,skim rondaan sukarela(SRS)taman srimuda tetap menjalankan rondaan bagi memastikan kawasan krt sentiasa bebas dari ancaman pecah rumah dan ragut.

 Anggota srs terdiri dari warga tempatan dan warga sabahan

Read more...

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP