Majlis Rumah terbuka anjuran Surau Al-Muiz dengan kerjasama KRT Taman Sri Muda Zon B

>> Wednesday, September 28, 2011

Majlis Rumah terbuka anjuran Surau Al-Muiz dengan kerjasama KRT Taman Sri Muda Zon B yang diadakan pada 25 september 2011 yang lalu cukup meriah.Dianggarkan hampir 700 penduduk sekitar Taman Sri Muda menghadiri Majlis Rumah Terbuka ini.Antara tetamu jemputan yang hadir pada Majlis ini ialah YB.DR Mariah,YB.Shuhaimi,Majlis Perwakilan Penduduk Zon 9 EN.PUSPA dan Ketua Balai Srimuda Sarjen Halim.Dengan adanya majlis sebegini dapatlah penduduk beramah mesra dan berkenalan dengan penduduk sekitar tempat mereka tinggal.













 YB DR.MARIAH MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PENDUDUK YANG HADIR PADA MALAM TERSEBUT.







 PENGERUSI KRT TAMAN SRI MUDA ZON B EN.SAPARI SEDANG MEMBAHAGIKAN DUIT RAYA KEPADA ANAK-ANAK PENDUDUK DISEKITAR TSM ZON B.







 YB SHUHAIMI MENYAMPAIKAN HEMPER KEPADA PENDUDUK YANG MENDAPAT CABUTAN BERTUAH PADA MALAM MAJLIS RUMAH TERBUKA.



Read more...

MESYUARAT UNTUK MAJLIS RUMAH TERBUKA SRIMUDA ZON B

>> Tuesday, September 20, 2011

Taman sri muda zon B akan mengadakan Majlis jamuan rumah terbuka sempena aidilfitri atas anjuran Surau AL-Muiz dan KRT Zon B.Majlis ini akan diadakan pada 25 september 2011 bermula dari jam 8:00 malam hingga jam 11:00 malam.Semua penduduk sekitar Taman Sri Muda Zon B dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.Antara tetamu undangan yang akan hadir pada majlis ini ialah YB.SHUHAIMI SHAFIEI, YB DR.MARIA,MPP ZON9,KETUA BALAI SRIMUDA SARJAN HALIM DAN MANTAN KETUA BALAI SRIMUDA SARJAN BOSTAMAM.




Read more...

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP