


Ajk Krt 2018 Taman Srimuda Zon B
>> Tuesday, January 16, 2018
Ahli Jawatan Kuasa K.R.T.
2018-2019 Taman Sri Muda Zon B.
2018-2019 Taman Sri Muda Zon B.
TARIKH PERLANTIKAN: 13
JANUARI 2018(SABTU)
TEMPAT: DEWAN ORANG RAMAI
T.S.M. ZON B.
MASA: 09:00 MALAM.
_________________________________________
_________________________________________
PENGERUSI :EN MOKTHAR.
TIM.PENGERUSI :EN ZAMANI.
SETIAUSAHA :EN.NORAZMIN
MOHAMED SUPIAN.
TIM.SETIAUSAHA: EN.ROSLI
PAUZI.
BENDAHARI :EN.ZULKAMAL MAT
SARI.
BIRO KEBAJIKAN: EN.AMRAN
CHE NOH.
EN.NORHISHAM MUSTAPAR.
BIRO IT DAN INFORMATION:
EN.SARUDDIN BIN SARURANG.
BIRO K.B.S: EN.NOR RIZAM
BIN HASHIM.
BIRO KESELAMATAN: EN.AH
CHUN.
BIRO JIRAN WANITA: PUAN HJH
NORZIHA BIDIN.
BIRO AGAMA: (BELUM ADA
CALON)
Labels:
ajk 2018
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2012
>> Saturday, August 18, 2012
Asalamualaikum dan dalam mesra kepada semua rakan blogger
dan para pengunjung blog SRS Taman Sri Muda Zon B.Sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini saya mewakili krt dan srs tsm zon b ingin menyusun sepuluh jari ini memohon maaf zahir dan batin kepada semua rakan
blogger dan rakan-rakan facebook,sekiranya selama ini kami ada terkasar komen
atau posting dialam maya ini.
Selamat mengakhiri bulan ramadan dan selamat menyambut Hari
Raya Aidilfitri.....
Read more...
Ditahan Anggota SRS kerana mabuk dan bergaduh
>> Wednesday, February 29, 2012
Lebih kurang jam 11:00 malam,krt taman srimuda mendapat panggilan dari penduduk sekitar mengatakan ada warga asing mabuk dan bergaduh sesama sendiri.Cermin tingkap plat ditingkat empat yang didiami oleh 8 warga asing pecah dan jatuh kehalaman rumah jiran.Berikutan panggilan itu,krt taman srimuda zon b segera menghubungi anggota srs yang sentiasa membuat rondaan cegah jenayah dikawasan tersebut.
Anggota srs yang tiba ditinggkat 4 bangunan plat tersebut memperkenalkan diri dan meminta kesemua 8 orang warga asing yang berada dalam rumah tersebut memberi kerjasama.Kesemua mereka dibawah kedewan orang ramai taman srimuda zon b untuk direkod nama mereka oleh setiausaha krt En Kamal.
Selepas kesemua nama mereka direkod dalam buku laporan srs,Pengerusi krt menghubungi majikan warga asing tersebut untuk memaklumkan kegiatan tidak bermoral pekerja mereka.Pengerusi krt En.Moktar yahya meminta kepada majikan warga asing ini agar perkara mabuk dan bergaduh sesama mereka tidak berulang lagi di taman srimuda zon b.
Ajk krt bersama anggota SRS(skim rondaan sukarela)sedang merekodkan nama warganegara Srilanka yang ditahan kerana mabuk dan bergaduh sesama sendiri.
Warga asing yang bergaduh ketika sedang mabuk arak dibawa kedewan orang ramai untuk direkodkan nama mereka dan menunggu majikan mereka datang menasihati kesemua pekerja warga asing ini.
Read more...
Labels:
mabuk
MAJLIS PENERANGAN SISTEM MYDISTRESS
>> Sunday, December 11, 2011
Taman Sri Muda Zone B 10 desember
2011
Program penerangan mengenai
MyDistress oleh Tuan ASP Ahmad Bin Mat Noor( Pen. Pegawai Pusat Kawalan IPK)
yang diadakan pada malam ini mendapat sambutan hangat oleh penduduk sekitar
Taman sri muda zone B.Dianggarkan hampir 200 orang penduduk yang hadir pada
malam tersebut sehingga ada yang tidak dapat masuk kedalam dewan orang ramai
zone B.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh imam Surau Al-Muiz TSM Ustaz Wan
Zakari diikuti ucapan aluan oleh pengerusi KRT TSM EN.Sapari.Berikut ini
beberapa photo yang sempat kami rakamkan pada malam majlis tersebut berlangsung.
Suasana didalam dewan orang ramai sebelum ketibaan Anggora PDRM dari IPK Shah Alam.Bacaan Doa Selamat oleh Ustaz Wan Zakari(Imam Surau Al-Muiz TSM Zone B)
Ucapan aluan oleh En.Sapari Pengerusi KRT Taman Sri Muda Zone B.
Penduduk terpaksa berkumpul diluar dewan kerana dewan sudah penuh
Sesi penerangan tentang kegunaan dan kelebihan Mydistress disampaikan oleh
Tuan ASP Ahmad Bin Mat Noor( Pen. Pegawai Pusat Kawalan IPK)
Sekian dari saya udins penulis blog SRS(skim rondaan sukarela) TSM Zone B.
Read more...
Labels:
Mydistress
Subscribe to:
Posts (Atom)