JOM RONDA BERSAMA PDRM

>> Thursday, January 18, 2018

JOM RONDA BERSAMA PDRM

SRS TAMAN SRI MUDA ZON B

TARIKH: 06 JANUARI 2018

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR.


Read more...

Ajk Krt 2018 Taman Srimuda Zon B

>> Tuesday, January 16, 2018

Ahli Jawatan Kuasa K.R.T.
2018-2019 Taman Sri Muda Zon B.
TARIKH PERLANTIKAN: 13 JANUARI 2018(SABTU)
TEMPAT: DEWAN ORANG RAMAI T.S.M. ZON B.
MASA: 09:00 MALAM.
_________________________________________
PENGERUSI :EN MOKTHAR.
TIM.PENGERUSI :EN ZAMANI.
SETIAUSAHA :EN.NORAZMIN MOHAMED SUPIAN.
TIM.SETIAUSAHA: EN.ROSLI PAUZI.
BENDAHARI :EN.ZULKAMAL MAT SARI.
BIRO KEBAJIKAN: EN.AMRAN CHE NOH.
EN.NORHISHAM MUSTAPAR.
BIRO IT DAN INFORMATION: EN.SARUDDIN BIN SARURANG.
BIRO K.B.S: EN.NOR RIZAM BIN HASHIM.
BIRO KESELAMATAN: EN.AH CHUN.
BIRO JIRAN WANITA: PUAN HJH NORZIHA BIDIN.
BIRO AGAMA: (BELUM ADA CALON)

Read more...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2012

>> Saturday, August 18, 2012


Asalamualaikum dan dalam mesra kepada semua rakan blogger dan para pengunjung blog SRS Taman Sri Muda Zon B.Sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini saya mewakili krt dan srs tsm zon b ingin menyusun sepuluh jari ini memohon maaf zahir dan batin kepada semua rakan blogger dan rakan-rakan facebook,sekiranya selama ini kami ada terkasar komen atau posting dialam maya ini.

Selamat mengakhiri bulan ramadan dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.....

Read more...

Ditahan Anggota SRS kerana mabuk dan bergaduh

>> Wednesday, February 29, 2012

Lebih kurang jam 11:00 malam,krt taman srimuda mendapat panggilan dari penduduk sekitar mengatakan ada warga asing mabuk dan bergaduh sesama sendiri.Cermin tingkap plat ditingkat empat yang didiami oleh 8 warga asing pecah dan jatuh kehalaman rumah jiran.Berikutan panggilan itu,krt taman srimuda zon b segera menghubungi anggota srs yang sentiasa membuat rondaan cegah jenayah dikawasan tersebut.

Anggota srs yang tiba ditinggkat 4 bangunan plat tersebut memperkenalkan diri dan meminta kesemua 8 orang warga asing yang berada dalam rumah tersebut memberi kerjasama.Kesemua mereka dibawah kedewan orang ramai taman srimuda zon b untuk direkod nama mereka oleh setiausaha krt En Kamal.

Selepas kesemua nama mereka direkod dalam buku laporan srs,Pengerusi krt menghubungi majikan warga asing tersebut untuk memaklumkan kegiatan tidak bermoral pekerja mereka.Pengerusi krt En.Moktar yahya meminta kepada majikan warga asing ini agar perkara mabuk dan bergaduh sesama mereka tidak berulang lagi di taman srimuda zon b.


Ajk krt bersama anggota SRS(skim rondaan sukarela)sedang merekodkan nama warganegara Srilanka yang ditahan kerana mabuk dan bergaduh sesama sendiri.

 Warga asing yang bergaduh ketika sedang mabuk arak dibawa kedewan orang ramai untuk direkodkan nama mereka dan menunggu majikan mereka datang menasihati kesemua pekerja warga asing ini.

Read more...

MAJLIS PENERANGAN SISTEM MYDISTRESS

>> Sunday, December 11, 2011

Taman Sri Muda Zone B 10 desember 2011

Program penerangan mengenai MyDistress oleh Tuan ASP Ahmad Bin Mat Noor( Pen. Pegawai Pusat Kawalan IPK) yang diadakan pada malam ini mendapat sambutan hangat oleh penduduk sekitar Taman sri muda zone B.Dianggarkan hampir 200 orang penduduk yang hadir pada malam tersebut sehingga ada yang tidak dapat masuk kedalam dewan orang ramai zone B.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh imam Surau Al-Muiz TSM Ustaz Wan Zakari diikuti ucapan aluan oleh pengerusi KRT TSM EN.Sapari.Berikut ini beberapa photo yang sempat kami rakamkan pada malam majlis tersebut berlangsung.
 Suasana didalam dewan orang ramai sebelum ketibaan Anggora PDRM dari IPK Shah Alam.
 Bacaan Doa Selamat oleh Ustaz Wan Zakari(Imam Surau Al-Muiz TSM Zone B)
 Ucapan aluan oleh En.Sapari Pengerusi KRT Taman Sri Muda Zone B.
 Penduduk terpaksa berkumpul diluar dewan kerana dewan sudah penuh
 Sesi penerangan tentang kegunaan dan kelebihan Mydistress disampaikan oleh
Tuan ASP Ahmad Bin Mat Noor( Pen. Pegawai Pusat Kawalan IPK) 

Sekian dari saya udins penulis blog SRS(skim rondaan sukarela) TSM Zone B.

Read more...

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP