TANGKAPAN TERBARU KES KALHWAT DI TAMAN SRIMUDA ZON B

>> Tuesday, April 12, 2011

Pada 10 april 2011 krt bersama srs(skim rondaan sukarela)telah berjaya menahan 5  lelaki warga pakistan dan seorang wanita warga indonesia yang tinggal serumah di alamat rumah no 8c tingkat 3 block 3H Taman Sri Muda Zon B.Pemeriksaan yang diketuai oleh pengerusi krt tsm keatas rumah tersebut telah membawa kepada penangkapan sepasang kekasih yang mengaku telah bernikah namun surat nikah mereka meragukan kerana ianya dibuat oleh si suami itu sendiri dan saksinya pula terdiri dari rakan serumah mereka sendiri.Sebelum skuad srs menghubungi pihak Polis kesemua mereka termasuk warga indonesia telah dibawa kedewan krt untuk menunggu kereta peronda polis tiba.Lebih kurang 10 minit mereka berada didewan krt,anggota polis pun sampai dan menyoal siasat mereka semua,empat daripada mereka dilepaskan pada pagi itu kerana mereka mempunyai dokument sah untuk bekerja di Malaysia namun pasangan suami istri yang diragui kesahihan surat nikah mereka telah dibawa ke Balai Polis Taman Srimuda untuk diserahkan kepada JAIS.


 Skuad SRS bermotorsikal Taman Srimuda

 Skuad SRS yang bertugas pada malam tangkapan dilakukan
 Skuad SRS bermotorsikal Taman Srimuda
LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT OLEH BIRO KESELAMATAN








Read more...

Program Integrasi Pendidikan Tabika Perpaduan Pintar

>> Sunday, April 3, 2011

Taman SriMuda Zon B- 2HB APRIL 2011
Sepertimana yang telah dibincangkan dalam minit mesyuarat Ajk Rukun Tetangga TSM Zon B mengenai lawatan Puan Talagawati dan rombongan dari Jabatan Perpaduan Negeri Sabah kini tiba masanya semua Ajk dan Biro KRT TSM bersiap seawall jam 7 pagi menanti kedatangan beliau kedewan KRT TSM Zon B.Semua persiapan telah disediakan termasuklah  pemain kompang dari sekolah menengah TSM Zon B untuk memeriahkan lagi majlis lawatan Puan Talagawati dan rombongan.Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa dari imam masjid Al-Falah Taman Sri Muda diikuti dengan ucapan aluan oleh En Mansur dari jabatan perpaduan daerah Klang Selangor D.E.Berikut dibawah ini beberapa gambar yang sempat penulis blog srs rakamkan pada majlis lawatan ini.



 Ketibaan Puan Talagawati dan rombongan disambut dengan paluan kompang

 Biro jiran wanita bersiap untuk menjemput rombongan Puan Talagawati masuk ke dewan KRT Taman Sri Muda Zon B.

 Barisan paling hadapan Puan Talagawati



 Ajk krt dan srs TSM sudah sedia dipintu dewan krt untuk mempelawa rombongan Puan Talagawati
masuk kedalam dewan





Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa dari imam masjid Al-Falah Taman Sri Muda diikuti dengan ucapan aluan oleh En Mansur dari jabatan perpaduan daerah Klang Selangor D.E dan ucapan salam perpaduan dari Puan Talagawati dari Jpin Sabah.



 Suasana didalam dewan KRT TSM Zon B.





 Selepas sarapan pagi mereka diberi tunjuk ajar cara menganyam ketupat dan bermain congkak




 Rombongan Puan Talagawati sempat melakukan kerja bergotong - royong mewarna dinding Tabika Perpaduan TSM Zon B.







 Biro jiran wanita Puan Ziha menyampaikan cenderahati kepada Puan Talagawati dari Jabatan Perpaduan Negeri Sabah selepas makan tengah hari.





































 Rombongan sempat merakamkan gambar kenangan sebelum meninggalkan dewan TSM Zon B.
 Rombongan sempat merakamkan gambar kenangan sebelum meninggalkan dewan TSM Zon B.
 Rombongan sempat merakamkan gambar kenangan sebelum meninggalkan dewan TSM Zon B.

 Sekian dulu untuk posting kali ini,nantikan aktiviti SRS kami diTaman Sri Muda zon B.


Read more...

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP