Lebih kurang jam 11:00 malam,krt taman srimuda mendapat panggilan dari penduduk sekitar mengatakan ada warga asing mabuk dan bergaduh sesama sendiri.Cermin tingkap plat ditingkat empat yang didiami oleh 8 warga asing pecah dan jatuh kehalaman rumah jiran.Berikutan panggilan itu,krt taman srimuda zon b segera menghubungi anggota srs yang sentiasa membuat rondaan cegah jenayah dikawasan tersebut.
Anggota srs yang tiba ditinggkat 4 bangunan plat tersebut memperkenalkan diri dan meminta kesemua 8 orang warga asing yang berada dalam rumah tersebut memberi kerjasama.Kesemua mereka dibawah kedewan orang ramai taman srimuda zon b untuk direkod nama mereka oleh setiausaha krt En Kamal.
Selepas kesemua nama mereka direkod dalam buku laporan srs,Pengerusi krt menghubungi majikan warga asing tersebut untuk memaklumkan kegiatan tidak bermoral pekerja mereka.Pengerusi krt En.Moktar yahya meminta kepada majikan warga asing ini agar perkara mabuk dan bergaduh sesama mereka tidak berulang lagi di taman srimuda zon b.
Ajk krt bersama anggota SRS(skim rondaan sukarela)sedang merekodkan nama warganegara Srilanka yang ditahan kerana mabuk dan bergaduh sesama sendiri.
Warga asing yang bergaduh ketika sedang mabuk arak dibawa kedewan orang ramai untuk direkodkan nama mereka dan menunggu majikan mereka datang menasihati kesemua pekerja warga asing ini.
0 comments:
Post a Comment