Malam Mesra Penyayang” bersama YB.Shuhaimi

>> Thursday, July 29, 2010


Taman Sri Muda Zon B,”Malam Mesra Penyayang” bersama YB.Shuhaimi berlangsung seperti yang telah dirancang dalam minit mesyuarat krt TSM sebelum ini.Pada malam tersebut YB.Suhaimi telah menyampaikan sumbangan kepada 15 keluarga miskin sekitar TSM Zon B.Penduduk juga diberi kesempatan oleh pengerusi majlis untuk menyuarahkan masalah mereka secara langsung dengan YB Suhaimi.Majlis bermula jam 8:45 malam dan berakhir kira-kira jam 11:00 malam.Penduduk dan Ajk KRT TSM tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan bersama YB.Shuhaimi.

Sumbangan berupa barang makanan untuk 15 keluarga miskin TSM Zon B 2010
Selain daripada beras ada juga barangan lain seperti minyak masak,milo,gula dan tepung gandum
Jamuan makan juga disediakan pada majlis "Malam Mesra Penyayang"
Sargen balai taman srimuda juga turut hadir pada malam mesra penyayang ini berlangsung.
Biro jiran wanita juga turut hadir dalam majlis ini
PHOTO KENANGAN BERSAMA YB SHUHAIMI
Penduduk diberi peluang untuk menyuarahkan masalah mereka secara langsung kepada YB.Shuhaimi
Saya bagi pihak penyiaran blog srs mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB.Shuhaimi dan Sargen Bostaman yang telah sudi datang untuk menjayakan program "MESRA PENYAYANG".

Read more...

"MALAM MESRA PENYAYANG"

>> Tuesday, July 27, 2010

Taman srimuda zon B akan mengadakan "MALAM MESRA PENYAYANG"penduduk bersama YB Suhaimi Shafiei  pada 28 hb julai 2010 di dewan masyarakat TSM Zon B.YB Suhaimi akan menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk barang keperluan harian kepada 15 keluarga miskin di Taman Sri Muda Zon B.Diharap kepada semua penduduk sekitar kawasan Taman Sri Muda untuk datang memeriahkan majlis "MESRA PENYAYANG"penduduk bersama YB Suhaimi Shafiei.

Read more...

Lelaki Sabah maut diserang






KAWASAN bawah Flat Valencia, Taman Sri Muda, Shah Alam tempat Kasibal diserang dan mati kelmarin.




SHAH ALAM - Keseronokan tujuh pemuda dari Sabah bermain gitar di kawasan letak kereta di Flat Valencia, Taman Sri Muda di sini malam kelmarin berakhir dengan seorang daripada mereka mati manakala seorang lagi parah.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam, mangsa Mohd. Kasibal Julaini, 25, berasal dari Sabah mati di tempat kejadian manakala seorang rakannya yang tidak dikenali dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, sebelum kejadian, tujuh lelaki yang semuanya bekerja kilang bermain gitar di Blok 3 rumah flat itu.
"Ketika mereka berseronok, kumpulan pemuda dari Sabah itu didatangi kira-kira 20 lelaki dipercayai semua berkulit gelap menunggang kira-kira 10 buah motosikal," kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, kesemua lelaki yang bertopi keledar itu dengan bersenjatakan parang dan pisau terus menetak Kasibal dan seorang rakannya manakala lima lagi yang lain sempat melarikan diri.
"Akibat serangan itu, Kasibal mati kira-kira 50 meter dari tempat dia ditetak akibat cedera parah di kepala dan belakang badan manakala rakannya masih dirawat," kata beliau.
Kata beliau lagi, lima lagi rakan kepada kedua-dua mangsa itu tidak cedera kerana mereka sempat melarikan diri dengan naik ke flat itu.
Katanya, polis sedang menyiasat motif serangan itu namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada dendam.
"Sebelum ini sebuah motosikal milik seorang lelaki terbakar di padang permainan tidak jauh dari tempat kejadian dan kita sedang siasat kemungkinan serangan itu ada kaitan dengan motosikal yang terbakar itu," ujarnya.
Menurut Noor Azam, polis kemudian menahan 10 lelaki dalam sekatan jalan yang dilakukan di sekitar Taman Sri Muda.
Katanya, salah seorang daripada suspek itu memiliki parang.
"Polis masih memburu 10 suspek lain," jelas beliau.


Sumber:kosmo online

Read more...

Majlis makan malam anjuran K&K T.S.M

>> Thursday, July 15, 2010

Majlis makan malam anjuran Persatuan Hidayatus Salam Taman Sri Muda Zon B(PSB) diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara biro-biro krt Taman Sri Muda dengan saudara baru dalam Persatuan ini.Saya memohon maaf kerana agak terlewat menyiarkan photo majlis makan malam ini atas sebab-sebab kesibukan bekerja.Walaupun agak sibuk dengan kerja,saya tetap berusaha meluangkan masa untuk menyiarkan aktiviti persatuan ini dan juga aktiviti Rukun Tetangga Taman SriMuda demi kerukunan penduduk setempat.
Photo Biro-Biro Persatuan Hidayatus Salam
Majlis makan malam ini juga dihadiri oleh mantan pengerusi Rukun Tetangga TSM sesi 2007 iaitu Che Mat

Read more...

ziarahi Saudara Baru malam kedua

>> Thursday, July 8, 2010



Taman Sri Muda Zon B,Hari kedua Aktiviti Ziarah Saudara Baru dan Ibu Tunggal diteruskan oleh biro kebajikan dan kemasyarakatan dengan tujuan memberi sedikit sumbangan barang makanan dan sedikit wang zakat kepada mereka.Seperti malam pertama tepat jam 8:00 malam kami mula mencari rumah saudara baru dan ibu tunggal berpandukan alamat yang telah direkodkan sebelum ini.Pada hari kedua ini kami hanya ada 7 buah rumah yang hendak di ziarahi tetapi ada tambahan 2 buah rumah lagi menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 20 buah rumah termasuk 11 buah rumah pada hari pertama aktiviti ziarah ini dijalankan.
Rumah pertama yang kami ziarahi pada malam kedua ini ialah seorang nenek,beliau merasa terharu dan tidak menyangka bahawa ada juga orang yang bersimpati terhadapnya sehingga nenek ini menitiskan air mata dihadapan biro-biro kebajikan Taman Sri Muda zon B.
duduk disebelah kanan inilah Nenek yang sempat kami ziarahi pada malam kedua aktiviti ini dijalankan.
Berikut ini antara photo saudara baru dan ibu tunggal yang sempat kami rakamkan





Selepas rumah yang terakhir kami ziarahi,kami pun terus ke destinasi terakhir iaitu kedai Tom Yam terkenal dengan panggilan kedai Lempeng atau Nelam untuk makan malam sebelum balik kerumah masing-masing.


Read more...

ziarahi Saudara Baru 2010

>> Wednesday, July 7, 2010

Taman Sri Muda Zon B, 6 Julai 2010.Seperti yang telah dirancang dalam minit mesyuarat Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan untuk aktiviti Ziarah Saudara baru dan Ibu tunggal kini telah pun sampai pada kemuncaknya.Semua barangan  makanan dan sedikit wang Zakat diagihkan sama rata untuk 18 buah keluarga Saudara baru(Mualaaf)termasuk Ibu Tunggal yang tinggal sekitar kawasan Taman Sri Muda. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan ialah untuk merapatkan lagi hubungan Siratulrahim antara saudara baru dan penduduk setempat khasnya umat islam sekitar T.S.M. Zon B.Selain menziarahi saudara baru Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan juga turut melawat rumah Ibu Tunggal dan menghulurkan sedikit bantuan seperti barangan makanan dan sedikit wang Zakat.Aktiviti Ziarah Saudara Baru dan Ibu Tunggal bermula seawal jam 8:00 malam dan berakhir kira-kara jam 10:00 malam.Pada malam pertama aktiviti ini dijalankan hanya 11 buah rumah yang sempat kami Ziarahi dan selebihnya 7 buah rumah pula akan kami Ziarahi pada keesokkan malamnya iaitu 7 julai 2010.

Inilah Van En.Ashraf yang diguna dalam aktiviti Ziarah saudara baru dan Ibu Tunggal
Barang-barang untuk di sumbangkan kepada saudara baru dan Ibu Tunggal telah siap diisi kedalam Van En.Ashraf sehari lebih awal sebelum aktiviti ini dijalankan.
Kami mengambil masa lebih kurang 10 minit setiap sebuah rumah saudara baru yang kami ziarahi
Setelah rumah pertama selesai kami meneruskan perjalanan kerumah kedua sehinggalah kerumah yang ke sebelas pada malam ini.Selebihnya yang tidak sempat kami ziarahi akan disambung pada keesokkan malam nya pula
Ini pula rumah saudara baru,warga sabahan yang kami senaraikan dalam rekod sumbangan zakat
Biro kebajikan sempat merakamkan gambar kenangan dirumah saudara baru warga sabahan,En.Arwan
Dari kiri puan Sandora yang berasal dari sabah adalah saudara baru dan beliau adalah antara 18 buah rumah yang terpilih untuk diberikan sumbangan berupa barangan makanan dan sedikit wang zakat.
Ini yang duduk atas kerusi ni ialah Pengerusi Rukun Tetangga TSM Zon B,En.Sapari
Satu demi satu rumah saudara baru dan Ibu Tunggal yang kami ziarahi dan rumah yang kesepuluh pula adalah rumah saudara baru yang berasal dari Sabah,iaitu puan Yohana istri kepada Ajk biro persatuan saudara baru atau singkatannya P.S.B. dan dipengerusikan oleh Pak Man.
Kami agak hampa sedikit ketika tiba dirumah puan Yohana kerana beliau tidak ada dirumahnya dan pihak kami  meminta adik puan Yohana untuk menerima sumbangan zakat bagi mewakili puan Yohana.
Selepas selesai menyerahkan sumbangan zakat dan barangan makanan kepada wakil puan Yohana,kami pun meminta diri untuk ke rumah saudara baru yang tinggal diluar Taman SriMuda Zon B.
Kini jarum jam telah menunjukkan waktu kira-kira pukul 9:45 malam dan rumah yang kesebelas pun telah selesai di ziarahi,kami pun sepakat untuk balik berehat dan menyambung aktiviti ziarah saudara baru ini pada keesokkan malamnya pula.

Read more...

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP