MINIT MESYUARAT R.T. TAMAN SRIMUDA ZON B

>> Saturday, December 26, 2009



RUKUN TETANGGA
TAMAN SRIMUDA ZON B
SEKSYEN 25
SHAH ALAM 
SELANGOR D.EHSAN.                                                                          Rujukan Kami:AJK/01-10
                                                                                                                  Tarikh:23 desember 2009
Kepada:
Semua AJK Rukun Tetangga tamansrimuda zon B.


Tuan/Puan,
MESYUARAT AJK(BIL.1/2010)


Dengan hormatnya, saya diarah merujuk perkara diatas.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa Rukun Tetangga Zon B Sesi 2010-2012.


3.Sehubungan itu, tuan/puan telah dijemput untuk hadir kemesyuarat tersebut.Mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa akan diadakan pada tarikh,tempat,masa dan agenda seperti berikut:-


Tarikh    : 02 january 2010
Masa     :08:30 malam
Tempat  :Dewan orang ramai Taman Srimuda


Agenda  :
a. Ucapan pengerusi
b. Lantikan semula Ahli Jawatankuasa RukunTetangga
c. Lantikan biro-biro
d. Membincangkan bidang tugas biro-biro
e. Hal-hal berbangkit


4.Kehadiran Tuan/Puan dalam mesyuarat tersebut amat dihargai.
Sekian,terima kasih.


MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN.


Saya yang menurut perintah,


En.Kamal Ariffin
Setiausaha


b.p Pengerusi Rukuntetangga
      TamanSriMuda Zon "B"

Read more...

Penghuni blok 3Q tidak bertanggungjawab

>> Thursday, December 24, 2009

Saya ada menerima satu aduan melalui kotak cbox mengenai pembuangan sampah seperti tilam,bantal dan alatan perabot yang tidak digunakan lagi.Peralatan ini dibuang melaui lubang tong sampah yang kecil dan menyebabkan ianya jadi tersumbat.Saya sangat-sangat berharap kepada penghuni blok 3Q agar membuang sampah yang saiznya lebih besar dari lubang tong sampah untuk membawa turun ke bawah plat dan kumpulkan berhampiran denagn tong sampah besar agar mudah diangkut oleh mbsa(majlis bandaraya shah alam).

Read more...

50 batang jarum dalam tubuh budak

>> Sunday, December 20, 2009




GAMBAR X-ray menunjukkan 50 batang jarum berada dalam 
tubuh seorang budak dua tahun di Barreiras, Brazil.

BRASILIA, Brazil - Doktor-doktor di Brazil menemui sebanyak 50 jarum jahitan di dalam tubuh seorang budak lelaki berumur dua tahun, lapor sebuah akhbar semalam.Bagaimanapun, jarum itu akan dikeluarkan menerusi satu pembedahan.Salah seorang doktor itu, Dr. Luiz Cesar Soltoski berkata, beberapa jarum akan dibiarkan berada di dalam tubuh budak tersebut kerana ia terletak dekat dengan hati.Menurutnya, pembedahan untuk mengeluarkan jarum yang dekat dengan hati itu mungkin berbahaya.Polis kini sedang mencari punca jarum itu boleh berada di dalam tubuh budak tersebut.Namun, Dr. Soltoski menyatakan, jarum itu dimasukkan ke dalam tubuh budak tersebut satu demi satu.Ibu budak itu memberitahu polis dia tidak mengetahui bagaimana jarum tersebut memasuki tubuh dalaman anaknya.Namun, dia menyatakan dalam satu kenyataan bahawa bapa tiri budak itu mungkin menggunakannya dalam satu upacara ilmu hitam.Bapa tiri budak itu menafikan dakwaan tersebut.Sebahagian lagi jarum itu berada di bahagian paru-paru budak itu.Budak itu dimasukkan ke sebuah hospital di Barreiras, Brazil pada Ahad lalu. - Agensi

Read more...

AWAL MUHARRAM

>> Saturday, December 19, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAALHIJRAH KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA.


Read more...

Penghuni blok 6 tidak bertanggung jawab

>> Friday, December 18, 2009

Saya bagi pihak rukuntetangga Taman srimuda zon B merasa kecewa diatas sikap segelintir penduduk yang tidak mengamalkan kebersihan kawasan penempatan mereka.Berikut ada beberapa photo plastik yang berisi sampah diletak dibawah tangga blok 6 oleh penghuninya sendiri.



SAMPAH DALAM BAKUL PLASTIK INI SUDAH BERBAU BUSUK


Harap-harap Ajk kita saudara Ramli bolehlah tolong buangkan sampah tersebut kerana beliau selalu menggunakan tangga tersebut ketika hendak pergi bekerja.

Read more...

Bangunan yang tak siap-siap lagi

>> Thursday, December 17, 2009


Bangunan yang terbengkalai di Taman srimuda zon B

Bangunan yang terbengkalai di Taman srimuda zon B

Read more...

Paut belakang bas untuk berjimat



DONGWAN - Seorang lelaki di China memaut belakang sebuah bas semata-mata kerana mahu berjimat daripada membayar tambang, lapor sebuah akhbar semalam.Pengguna-pengguna jalan raya terkejut apabila melihat aksi Deng Chung, 33, itu selama 30 minit sebelum dia melompat turun setibanya di luar pejabatnya di sini, selatan China, baru-baru ini.Susulan kejadian tersebut, polis China menyoal beberapa penumpang dan pekerja pejabat bagi mengumpul bukti untuk mendakwa lelaki itu kerana aksinya yang membahayakan keselamatan orang ramai.

CHUNG memaut belakang sebuah bas di bandar Dongwan, China baru-baru ini.

Read more...

PETA TAMAN SRIMUDA ZON B








Read more...

CARTA ORGANISASI 2010-2011

>> Wednesday, December 16, 2009



Read more...

Salesman Maxis mengecewakan pengguna

>> Tuesday, December 15, 2009


Pada 6 november 2009,satu promosi jualan murah diadakan di hadapan bangunan plaza srimuda shah alam selangor.Selain promosi jualan murah ini,promosi jalur lebar maxis broadban juga turut membuat promosi pendaftaran maxis dengan ribet sebanyak rm33 ringgit selama 3 bulan.Kebetulan pada masa itu saya menggunakan maxis broadban 3.6 dengan bayaran rm138 sebulan.Oleh kerana tertarik dengan promosi ribet rm33 ringgit sebulan serta modem 7.2. Saya pun singgah di counter promosi maxis untuk bertanya apa bezanya antara modem yang sekarang saya gunakan dengan modem 7.2 yang mereka sedang promosikan serta ribet yang menarik.Berikut antara dialog saya dengan salesman maxis sebelum saya menutup akaun maxis sedia ada dan kemudian membuat pendaftaran akaun baru dengan modem 7.2.


Udins: berapa yuran pendaftaran untuk modem jenis ini(7.2)dan berapa kadar bayaran tetap selepas ribet selama 3 bulan tamat?


Salesman: untuk pendaftaran encik cuma perlu bayar seratus ringgit sahaja dan kami ada beberapa pakej bayaran,encik boleh pilih jenis bayaran yang encik suka.Jika encik guna 3gb bayaran untuk sebulan selepas ribet rm33 ringgit tamat ialah rm78 ringgit sahaja.Oleh kerana encik daftar semasa promosi maka encik akan mendapat ribet rm33 ringgit selama 3bulan berturut-turut.Untuk bulan pertama hingga bulan ketiga encik cuma perlu bayar rm45 ringgit.Setelah masuk bulan keempat barulah encik kena bayar rm78 ringgit sebulan dan seterusnya.


Udins: Tapi sekarang saya ada satu akaun maxis yang masih aktif,apakah boleh abang tolong suspend kan dulu sebelum saya daftar akaun baru?


Salesman: Boleh saya tolong suspend kan sekarang,encik bagi saya ic dan tunggu kejap saya call maxis center.


Keterangan dialog: Selepas saya memberikan ic selesman tadi pun terus menghubungi maxis center untuk suspend akaun lama saya sebelum mendaftarkan akaun baru pada hari itu juga.Saya juga diberi bercakap dengan maxis center pada masa itu sebelum akaun lama saya di sekat.


Salesman: Sekarang akaun maxis lama encik dah disekat,so encik nak daftarkan pakej yang mana satu?


Udins: saya nak yang rm78 ringgit je sebulan,sebab dah dua tahun lebih saya guna maxis dengan kadar bayaran rm138 ringgit,kalau saya nak yang bayaran bulanannya mahal lebih baik saya tak payah daftar akaun baru.Saya minta abang suspend akaun lama saya dan daftar akaun baru sebab saya nak cuba yang lebih murah pulak.Tapi sebelum itu saya nak tahu apakah betul saya cuma kena bayar rm45 ringgit sahaja selama 3bulan berturut-turut kerana ada ribet sebanyak rm33 ringgit sebulan?


Salesman: yaa..betul encik sekarang ambil pakej rm78 ringgit sebulan tolak ribet rm33 ringgit selama 3bulan berturut-turut.Jadi bulan pertama hingga bulan ketiga encik Cuma perlu bayar rm45 ringgit sahaja,nanti bila dah masuk bulan keempat barulah encik kena bayar rm78 ringgit sebulan dan seterusnya.


Udins: Baiklah kalau rm78 ringgit sebulan selepas ribet tamat saya setuju untuk daftar akaun baru.


Keterangan dialog: Selepas saya memastikan tentang bayaran tetap sebulan iaitu rm78 ringgit sebulan dan bulan pertama hingga bulan ketiga saya hanya perlu membayar rm45 ringgit kerana ada ribet rm33,saya pun setuju untuk mendaftarkan akaun baru.Tetapi yang mengecewakan saya ialah bila tiba waktu untuk bayaran bil bulan pertama sebanyak rm45 ringgit telah menjadi rm65.15 sen.Manakala bayaran tetap selepas ribet tamat iaitu rm78 ringgit telah menjadi rm98 ringgit sebulan dan seterusnya.Oleh kerana saya rasa seperti tertipu dengan cara selesman maxis memberi keterangan tentang bayaran yang telah dijanjikan iaitu rm45 selama 3bulan dan rm78 untuk bulan seterusnya saya pun terus menghubungi maxis center.Saya tidak menyalahkan maxis dalam masalah ini tetapi saya minta kepada pengarah maxis untuk memilih selesman yang benar-benar jujur dalam membuat promosi jalur lebar maxis dimasa akan datang.







RUJUKAN TARIKH PENDAFTARAN DAN SELESMAN ID
Tarikh daftar akaun maxis: 6 november 2009
Lokasi pendaftaran: Plaza srimuda Shah Alam Selangor D.E.
Salesman ID number: 8960010905677294485(1)





INI PAKEJ YANG SAYA DAFTARKAN PADA 6 NOVEMBER 2009.










INI NOMBOR ID SALESMAN YANG BUAT PENDAFTARAN AKAUN BARU BROADBAND PADA HARI PROMOSI JALUR LEBAR MAXIS DI HADAPAN PLAZA SRIMUDA SHAH ALAM SELANGOR D.E.

Read more...

Suasana waktu malam di Tamansrimuda Zon B

>> Monday, December 14, 2009


Beginilah suasana waktu malam diTamanSriMuda Zon B pada waktu malam.

Read more...

AJK 2010/2011

>> Wednesday, December 9, 2009


















Read more...

MESEJ DARI BRADER ASHRAF

>> Sunday, December 6, 2009


Read more...

PELANTIKAN AJK RUKUNTETANGGA 2010/2011






Read more...

PHOTO KENANGAN BERSAMA SARJAN BOSTAMAN








Read more...

JAMUAN MAKAN DAN PENUTUP MAJLIS PELANTIKAN PENGERUSI.


DARI SEBELAH KIRI,CHE MAT ( BEKAS PENGERUSI )DAN YANG SEBELAH KANAN ENCIK SAFARI (PENGERUSI BAHARU).







GAMBAR AJK 2010/2011 YANG BAHARU.DARI KANAN EN.ASHRAF, EN.SULAIMAN, EN AZIHAR & EN SAZALI.

GAMBAR BERSAMA PEGAWAI PERPADUAN KLANG.

MAJLIS PELANTIKAN PENGERUSI DAN AJK BARU RT TAMAT PADA JAM 11:15 MALAM

Read more...

PENERIMAAN CENDERAHATI






















Read more...

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP