Sambutan bulan Ramadan dan bacaan tahlil yang diadakan di kediaman bugis keningau di Shah Alam dihadiri hampir 100 warga sabahan dari berbilang bangsa dan agama.Bukan warga sabahan sahaja yang hadir pada malam sambutan Ramadan dan bacaan tahlil dikediaman bugis keningau,tetapi rakan-rakan berbangsa melayu juga turut hadir.Ini menunjukkan semangat saling hormat menghormati antara satu sama lain dan sekaligus dapat memupuk semangat perpaduan.Kini Sabahan di Semenanjung tidak lagi berfikiran seperti Sabahan 20 tahun yang lalu dimana mereka kadangkala memulaukan satu-satu bangsa yang mereka tidak suka.Tetapi kini corak pemikiran mereka telah terbuka dan dapat bergaul dengan semua bangsa yang sedia ada di Sabah dan Semenanjung.Bukan sekadar dapat bergaul saja malah mereka kini dapat duduk semeja untuk makan bersama dengan bangsa-bangsa lain yang ada di Malaysia.Ini baru la boleh dikatakan 1 Malaysia dan Sabahan Boleh!!!...Aaramaitieee…
Persiapan awal sehari sebelum majlis Tahlil bermula
Sepupu dan ahli keluarga bugis keningau
Rakan-rakan berbangsa Melayu yang hadir di kediaman bugis keningau
Rakan-rakan Sabahan dari berbilang Kaum turut hadir pada majlis Tahlil di kediaman bugis keningau di Taman Srimuda Zon B.
Makan bersama-sama dengan semua ahli keluarga bugis keningau
Semoga semangat hormat menghormati seperti ini berterusan untuk merapatkan hubungan Siratulrahim semua bangsa yang ada di Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment