03/01/2011 6:42pm
SHAH ALAM – Polis Selangor akan memulakan rondaan dari rumah ke rumah bagi memastikan negeri itu bebas daripada jenayah, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
Beliau berkata, strategi baru membanteras kejadian jenayah itu dijangka dimulakan minggu depan.
"Melalui cara ini, anggota polis akan diagih mengikut daerah dan kawasan dan mereka akan mengetuk pintu dari rumah ke rumah untuk memastikan keselamatan rumah di bawah pengawasan mereka berada dalam keadaan selamat,” katanya.
Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, anggota polis terlibat akan membawa satu kad pengenalan diri berwarna biru yang mengandungi maklumat anggota terbabit yang akan ditunjukkan kepada penghuni rumah yang dilawati mereka.
Tujuan strategi baru ini juga adalah untuk merapatkan hubungan kemesraan antara polis dengan masyarakat, katanya. – Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment