Taman Sri Muda Zon B 15 July 2011
Ketua Skim Rondaan Sukarela (SRS) En.Nazaruddin dan platunnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada wakil JPIN Klang yang sudi datang pada malam ini ke dewan TSM untuk menyerahkan dua buah Talkie Walkie kepada SRS TSM Zon B.Dengan adanya Talkie Walkie ini dapatlah memudahkan anggota SRS untuk berhubung semasa menjalankan rondaan.Sebelum ini SRS Taman Sri Muda Zon B ada juga menerima 5 buah lampu suluh,rotan dan kon yang mempunyai Logo SRS.
Banner ROAD TOUR SRS
Read more...
ANJURAN BOLA SEPAK SEMBILAN SEBELAH
>> Wednesday, July 13, 2011
Anjuran bola sepak sembilan sebelah dengan kerjasama Warga Sabahan Taman Srimuda Zon B berlangsung seperti mana yang telah dirancang dalam minit mesyuarat Ajk KRT TSM Zon B.Seramai 16 Team hadir pada pagi Ahad 10 julai 2011 dipadang TSM Zon B.
Penulis blog srs dan juga timbalan setiausaha krt taman sri muda zon b dua dari kiri
Read more...
RAMAH MESRA SRS BERSAMA PDRM
>> Sunday, June 19, 2011
Berkat usaha yang gigih dari semua anggota srs Taman Sri Muda Zon B akhirnya kami berjaya juga melaksanakan satu majlis dengan tajuk”RAMAH MESRA SRS BERSAMA PDRM”yang dihadiri oleh Tuan ACP ZAHEDI BIN AYOB(Ketua Polis Daerah Shah Alam).Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh biro keselamatan En Kashfi.Seterusnya ucapan aluan oleh Pengerusi KRT Taman Sri Muda En Sapari diikuti ucapan dari Tuan ACP ZAHEDI BIN AYOB.Pada majlis Ramah Mesra SRS bersama PDRM seramai 56 anggota SRS yang aktif sejak tahun 2008 hingga kini telah menerima sijil penghargaan dan plak atas jasa mereka membantu pihak Polis menangani jenayah dikawasan KRT.
Sijil penghargaan dan plak disampaikan oleh Tuan ACP ZAHEDI BIN AYOB
Objektif
Objektif utama pelaksanaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah seperti berikut :
- Membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial;
- Membantu menguatkuasakan undang-undang;
- Memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda;
- Mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat; dan
- Memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.
Labels:
RAMAH MESRA SRS BERSAMA PDRM
Subscribe to:
Posts (Atom)


