Taman Sri Muda Zon B, 6 Julai 2010.Seperti yang telah dirancang dalam minit mesyuarat Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan untuk aktiviti Ziarah Saudara baru dan Ibu tunggal kini telah pun sampai pada kemuncaknya.Semua barangan makanan dan sedikit wang Zakat diagihkan sama rata untuk 18 buah keluarga Saudara baru(Mualaaf)termasuk Ibu Tunggal yang tinggal sekitar kawasan Taman Sri Muda. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan ialah untuk merapatkan lagi hubungan Siratulrahim antara saudara baru dan penduduk setempat khasnya umat islam sekitar T.S.M. Zon B.Selain menziarahi saudara baru Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan juga turut melawat rumah Ibu Tunggal dan menghulurkan sedikit bantuan seperti barangan makanan dan sedikit wang Zakat.Aktiviti Ziarah Saudara Baru dan Ibu Tunggal bermula seawal jam 8:00 malam dan berakhir kira-kara jam 10:00 malam.Pada malam pertama aktiviti ini dijalankan hanya 11 buah rumah yang sempat kami Ziarahi dan selebihnya 7 buah rumah pula akan kami Ziarahi pada keesokkan malamnya iaitu 7 julai 2010.
Inilah Van En.Ashraf yang diguna dalam aktiviti Ziarah saudara baru dan Ibu Tunggal
Barang-barang untuk di sumbangkan kepada saudara baru dan Ibu Tunggal telah siap diisi kedalam Van En.Ashraf sehari lebih awal sebelum aktiviti ini dijalankan.
Kami mengambil masa lebih kurang 10 minit setiap sebuah rumah saudara baru yang kami ziarahi
Setelah rumah pertama selesai kami meneruskan perjalanan kerumah kedua sehinggalah kerumah yang ke sebelas pada malam ini.Selebihnya yang tidak sempat kami ziarahi akan disambung pada keesokkan malam nya pula
Ini pula rumah saudara baru,warga sabahan yang kami senaraikan dalam rekod sumbangan zakat
Biro kebajikan sempat merakamkan gambar kenangan dirumah saudara baru warga sabahan,En.Arwan
Dari kiri puan Sandora yang berasal dari sabah adalah saudara baru dan beliau adalah antara 18 buah rumah yang terpilih untuk diberikan sumbangan berupa barangan makanan dan sedikit wang zakat.
Ini yang duduk atas kerusi ni ialah Pengerusi Rukun Tetangga TSM Zon B,En.Sapari
Satu demi satu rumah saudara baru dan Ibu Tunggal yang kami ziarahi dan rumah yang kesepuluh pula adalah rumah saudara baru yang berasal dari Sabah,iaitu puan Yohana istri kepada Ajk biro persatuan saudara baru atau singkatannya P.S.B. dan dipengerusikan oleh Pak Man.
Kami agak hampa sedikit ketika tiba dirumah puan Yohana kerana beliau tidak ada dirumahnya dan pihak kami meminta adik puan Yohana untuk menerima sumbangan zakat bagi mewakili puan Yohana.
Selepas selesai menyerahkan sumbangan zakat dan barangan makanan kepada wakil puan Yohana,kami pun meminta diri untuk ke rumah saudara baru yang tinggal diluar Taman SriMuda Zon B.
Kini jarum jam telah menunjukkan waktu kira-kira pukul 9:45 malam dan rumah yang kesebelas pun telah selesai di ziarahi,kami pun sepakat untuk balik berehat dan menyambung aktiviti ziarah saudara baru ini pada keesokkan malamnya pula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment