TEGURAN DAN TANGKAPAN SRS

>> Monday, August 31, 2009



Teguran oleh SRS taman srimuda zon B kepada sepasang kekasih yang melepak lewat malam iaitu sekitar jam 01:21 am di taman permainan.Nasihat diberikan kepada mereka berdua agar perkara semacam ini tidak berulang lagi dimasa akan datang.

Gambar dibawah ini dirakam oleh jurukamera kami ketika serbuan dibuat di blog N Taman srimuda zon B. Antara mereka yang ditahan oleh pihak srs terdiri dari 4 wanita dan 2 lelaki yang cuba untuk bermalam dirumah lelaki warga sabah.Dua dari empat wanita ini berasal dari indon seorang Sabah dan seorang lagi berasal dari Sarawak.Pihak SRS telah menyerahkan mereka kepada pihak pilis untuk tindakan selanjutnya.


Mereka kelihatan bimbang dan malu ketika serbuan dibuat.

Read more...

RONDAAN SRS ZON B

>> Sunday, August 30, 2009

Inilah dewan serbaguna untuk anggota srs mengadakan perjumpaan dan mendengar taklimat dari biro keselamatan penduduk iaitu encik Kasbi dan encik Mat.

30 OGOS JAM 03:43 PAGI TEAM SRS YANG DIKETUAI ENCIK KASBI DAPAT MENAHAN SEORANG GADIS YANG SEDANG MELEPAK DI GELANGGANG BADMINTON TAMAN SRIMUDA ZON B.

Antara angota SRS yang meronda pada malam ahad 30 ogos 2009 bermula seawal jam 12:00 am hingga 4:35 am.

Read more...

Selamat Hari Merdeka

>> Thursday, August 27, 2009


Read more...

>> Monday, August 24, 2009


Asalamualaikum kepada semua warga srimuda zon b...selamat menyambut bulan ramadan dan semoga beroleh keberkatan dari ALLAH SWT.

Read more...

Laporan rondaan srs taman srimuda zon B.

Laporan rondaan srs taman srimuda zon B.
23 OGOS 2009 sekitar jam 2:35 pagi ketika team srs taman srimuda membuat rondaan
disekitar perumahan flat telah terserempak dengan seorang lelaki warga pakistan yang merayau
dan mencari alamat rumah seorang wanita.Ketika team srs menahan warga pakistan tersebut dan
bertanyakan pengenalan diri,ternyata dia(warga pakistan)tersebut tidak memiliki sebarang dokument dan tinggal secara haram di cheras kuala lumpur.Warga pakistan tersebut kemudian
diserahkan kepada pihak polis untuk tidakan undang-undang.

Read more...

Rondaan malam minggu.

>> Thursday, August 20, 2009

SRS Taman srimuda akan membuat rondaan setiap malam minggu.Tujuan rondaan dibuat untuk memastikan kawasan Zon B sentiasa bebas dari jenayah dan maksiat.Walaupun SRS tidak menerima sebarang bayaran atau gaji namun semangat untuk menjayakan program cegah jenayah tetap diteruskan demi keamanan penduduk zon B dan masyarakat setempat.Sejak SRS bergiat aktif,budaya lepak remaja pada lewat malam dapat dikurangkan dan kes ragut juga mula berkurangan di Zon B Taman srimuda.Rondaan SRS bermula jam 12:00 am hinggalah jam 6:00 am.

Read more...

AKTIVITI YANG DILANCARKAN PADA PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH

>> Wednesday, August 19, 2009

PERTANDINGAN REKA FESYEN PAKAIAN KANAK-KANAK SEMPENA PROGRAM CEGAH JENAYAH PADA 16 OGOS 2009 DITAMAN SRIMUDA ZON B.









TARIAN KUDA KEPANG





Peserta tarik tali dari kalangan penduduk taman srimuda zon B.





Read more...

PHOTO KENANGAN SRS BERSAMA POLIS


GAMBAR KENANGAN SRS TAMAN SRIMUDA ZON B PADA PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH PADA 16 OGOS 2009.



Read more...

SALAM PERKENALAN

Asalamualaikum...salam perkenalan dari kami Rukuntetangga dan srs taman sri muda zon B.

Read more...

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP