Taman srimuda zon B – 20 Oktober 2009 Hasil maklumat dari penduduk taman srimuda,satu serbuan cegah maksiat dilancarkan di blok 3L.Kira-kira jam 8:15 malam team srs telah bersiap didewan masyarakat untuk mendengar taklimat dari encik sapari selaku ketua pasukan sebelum serbuan dibuat.Dengan kekuatan 18 anggota srs,Berjaya menahan lima pemuda Bangladesh dan seorang wanita Indonesia berusia dalam lingkungan 30an.Ketika pintu diketuk,mereka tidak terus membukanya mala cuba menyembunyikan diri diatas tangki simpanan air dan dibelakang pintu bilik.Tetapi pengalaman dan kecekapan team srs dalam setiap serbuan menyebabkan tidak seorang pun diantara mereka yang dapat melarikan diri sehingga dapat dibawa kedewan masyarakat untuk menunggu pihak Polis tiba.
Ada antara mereka yang tidak sempat memakai baju...
Inilah semua punca hujan jarang-jarang turun di taman srimuda zon B,rupa-rupanya ada maksiat dibalik bilik
Apa ertinya semua ini???
PUNCA PERUBAHAN CUACA DI SRIMUDA ZON B.
Mungkin ada diantara penduduk taman srimuda zon B yang tidak tahu kenapa perubahan cuaca yang tidak menentu disini.Ini la yang team srs sedang siasat apa punca sebenar cuaca kadangkala diwaktu malam terasa sangat panas tetapi disiang hari walaupun terik pancaran matahari namun tidak sepanas yang dirasakan diwaktu malam.Apakah puncanya semua ini?Pada pendapat saya ini adalah hukum alam yang Allah swt berikan kepada kita semua kerana tidak pernah menegur atau menghalang sesuatu perbuatan maksiat yang secara terang-terangan berlaku dihadapan kita semua.Ada juga diantara penduduk taman srimuda yang cukup warak tentang selok-belok agama islam tetapi bila melihat sesuatu kemungkaran berlaku dihadapannya,dia hanya mampu mengutuk didalam hatinya tetapi insyah Allah team srs yang dipimpin oleh saudara kashfi tidak akan mengutuk sesuatu kemungkaran didalam hati mereka melainkan mereka yang memiliki iman yang lemah.Team srs akan terus memantau kegiatan jenayah dan maksiat dari semasa kesemasa selagi diperlukan oleh penduduk setempat.
NAIB BIRO KESELAMATAN TAMAN SRIMUDA ZON B BILA SUDAH DEWASA KELAK.
PHOTO KENANGAN JURUKAMERA SRS SELEPAS PENERIMAAN TALI PINGGANG HITAM PADA TAHUN 1997 DI KENINGAU SABAH.
KEPADA PELAWAT BLOG YANG INGIN MELIHAT VIDEO SRS SILA KLIK DISINI
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
written by Yudhi at 2008-03-10
3 comments:
asalamualaikum...mana semua ahli srs yang nak buat komen...hehhehe
jom laa ramai -ramai komen kat blog srs ni...biar bersemangat sikit...
betul tu...kepada semua lawatlah blog ni....
Post a Comment