Malam Penghargaan Sarjan Bostaman

>> Wednesday, June 2, 2010

Taman srimuda zon B akan mengadakan satu majlis “Malam Penghargaan”kepada Sarjan Bostamam atas jasa besar beliau selama 3 tahun berhidmat dikawasan Taman srimuda khususnya dikawasan Rukun Tetangga zon B pada 9 jun 2010 jam 9:00 malam di dewan masyarakat T.S.M. zon B.Taman Sri Muda suatu masa dulu digelar kawasan hitam(black area)oleh sebahagian besar penduduk kawasan ini.Sebelum kehadiran Sarjan Bostamam ke Taman Srimuda kadar jenayah memang pada tahap membimbangkan penduduk sekitar seksyen 25.Jenayah seperti pecah rumah,ragut,curi motorsikal,curi minyak lori,bergaduh ketika mabuk dan banyak lagi boleh dikatakan setiap minggu berlaku dikawasan srimuda..Dengan kehadiran beliau pada tahun 2007, kadar jenayah dapat diturunkan pada 2008 sebanyak 40 peratus diikuti pada tahun 2009 iaitu 36 peratus.Beliau juga telah mewujudkan satu system keselamatan yang baru di Taman Sri Muda.System keselamatan yang beliau wujudkan adalah skim rondaan sukarela(SRS).Sikap kepolisian beliau yang mengambil berat tentang keselamatan penduduk sekitar Taman Sri Muda amatlah ketara apabila beliau mengiktiraf kewujudan SRS Taman Sri Muda yang diketuai oleh En. Kashfi bin Abdul Rauf dalam menangani jenayah di Taman Sri Muda.Sarjan Bostamam banyak menghabiskan masa lapangnya bersama angota SRS dan setiap malam minggu beliau akan datang kedewan masyarakat Taman Sri Muda Zon B untuk memberi taklimat tentang pentingnya hubungan antara PDRM dengan penduduk.Beliau juga telah Berjaya mewujudkan hubungan dua hala diantara penduduk Taman Sri Muda dan PDRM amnya.Penduduk cukup berbangga dan berterima kasih atas keperihatinan beliau(Sarjan Bostamam) serta anggota Balai Polis Taman Sri Muda dalam menangani isu jenayah selama 3 tahun ini.Kini beliau telah dapat merubah Taman Sri Muda dari kawasan yang dulunya kurang selamat untuk didiami kepada kawasan yang sekarang ini diketegorikan selamat untuk didiami.

0 comments:

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP