LOKASI SRIMUDA ZON B

>> Sunday, September 27, 2009


Pada setiap malam minggu semua kawasan srimuda zon b akan diawasi oleh sukarelawan SRS ZON B








Read more...

srimuda zon b




Pemandangan waktu pagi di srimuda zon b



Read more...

Bas Kilang terbakar di Srimuda Zon B

SRIMUDA ZON B
AHAD-27 September 2009
Sebuah bas kilang terbakar bersebelahan hentian bas srimuda zon b ke Klang.Team SRS Zon B yang membuat rondaan sukarela pada pagi itu terkejut apabila melihat api menyala dari arah sebelah jalan.Apabila team srs pergi kesebelah jalan,rupanya sebuah bas kilang terbakar.Team srs kemudian menghubungi Bomba dan lebih kurang 15 minit Bomba pun sampai dan api dapat dipadam kan.









Laporan dan photo di rakam oleh Team SRS pada malam kejadian.





Read more...

Rukun Tetangga - Pengenalan

>> Sunday, September 6, 2009


Rukun Tetangga - Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.
Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.

Pengertian Logo Rukun Tetangga


Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.


Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.


Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
Merah - Keberanian dan keluhuran
Kuning - Kejayaan dan keharmonian
Putih - Kesucian dan bertangungjawab


5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.


2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.


Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.


Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.


Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.

Tatacara dan Proses Permohonan Penetapan Kawasan Rukun Tetangga

1. PERMOHONAN DARIPADA PENDUDUK
a) Membuat surat permohonan penetapan Kawasan Rukun Tetangga kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
b) Mengisi Borang JPNIN (RT) 1/98 dan ditandatangani oleh wakil penduduk beserta dengan maklumat asas kawasan, cadangan senarai nama jawatankuasa penaja, minit perjumpaan dengan penduduk dan peta kawasan.
c) Mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian.


2. TINDAKAN PEGAWAI PERPADUAN DAERAH/BAHAGIAN
a) Menerima surat permohonan penetapan kawasan rukun tetangga dan membuka fail.
b) Menghantar surat akuan terima permohonan penetapan kawasan rukun tetangga kepada wakil penduduk.
c) Mengaturkan Majlis Perjumpaan dengan penduduk dan mengadakan sesi taklimat mengenai penubuhan Jawatankuasa Penaja Rukun Tetangga.
d) Memohon sokongan Pegawai Daerah untuk penetapan kawasan rukun tetangga (kecuali negeri-negeri tertentu).
e) Menyediakan pelan lakar kawasan dan diskripsi sempadan kawasan rukun tetangga yang dicadangkan.
f) Mengemukakan Borang Permohonan JPNIN(RT)1/98, Maklumat Asas Kawasan, Senarai Cadangan Nama Jawatankuasa Penaja Rukun Tetangga, Peta Kawasan, Pelan Lakar Kawasan, Diskripsi Sempadan dan surat sokongan Pegawai Daerah (kecuali negeri-negeri tertentu) kepada Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.


3. TINDAKAN PENGARAH PERPADUAN NEGERI
a) Menyemak Borang Permohonan, maklumat serta dokumen yang dikemukakan oleh Pegawai Perpaduan Daerah/ Bahagian.
b) Menghantar surat akuan terima kepada Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian. Jika tidak lengkap kembalikan kepada PPD/PPB untuk dilengkapkan.
c) Mengemukakan permohonan yang lengkap ke Ibu Pejabat.


4. TINDAKAN PEGAWAI DI IBU PEJABAT
a) Merekod penerimaan dan menyemak permohonan penetapan kawasan rukun tetangga.
b) Menghantar surat akuan terima kepada Pengarah Perpaduan Negeri. Kembalikan Jika tidak lengkap kembalikan kepada PPN untuk dilengkapkan.
c) Membuat perakuan untuk kelulusan Ketua Pengarah Rukun Tetangga.
d) Menetapkan tarikh penguatkuasaan Notis Penetapan.
e) Mengemukakan Notis Penetapan kepada Pengarah Perpaduan Negeri/Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian.



Nota : Dipetik dari Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional

Read more...

RONDAAN SRS

Rondaan SRS Taman SriMuda pada malam ini 6 september 2009 diteruskan seperti malam sebelumnya walaupun hujan turun renyai-renyai.Laporan tangkapan pada malam ini tidak ada,kemungkinan penduduk Taman SriMuda Zon B sudah mula menyedari tentang ketegasan SRS di sini.Sila klik link di SINI untuk ke laman web Rukuntetangga Bandar Tasik Kesuma.

Read more...

>> Thursday, September 3, 2009

KALAU NAK TENGOK VIDEO SRS KLIK

NAMA UDINS

Read more...

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP