Salesman Maxis mengecewakan pengguna

>> Tuesday, December 15, 2009


Pada 6 november 2009,satu promosi jualan murah diadakan di hadapan bangunan plaza srimuda shah alam selangor.Selain promosi jualan murah ini,promosi jalur lebar maxis broadban juga turut membuat promosi pendaftaran maxis dengan ribet sebanyak rm33 ringgit selama 3 bulan.Kebetulan pada masa itu saya menggunakan maxis broadban 3.6 dengan bayaran rm138 sebulan.Oleh kerana tertarik dengan promosi ribet rm33 ringgit sebulan serta modem 7.2. Saya pun singgah di counter promosi maxis untuk bertanya apa bezanya antara modem yang sekarang saya gunakan dengan modem 7.2 yang mereka sedang promosikan serta ribet yang menarik.Berikut antara dialog saya dengan salesman maxis sebelum saya menutup akaun maxis sedia ada dan kemudian membuat pendaftaran akaun baru dengan modem 7.2.


Udins: berapa yuran pendaftaran untuk modem jenis ini(7.2)dan berapa kadar bayaran tetap selepas ribet selama 3 bulan tamat?


Salesman: untuk pendaftaran encik cuma perlu bayar seratus ringgit sahaja dan kami ada beberapa pakej bayaran,encik boleh pilih jenis bayaran yang encik suka.Jika encik guna 3gb bayaran untuk sebulan selepas ribet rm33 ringgit tamat ialah rm78 ringgit sahaja.Oleh kerana encik daftar semasa promosi maka encik akan mendapat ribet rm33 ringgit selama 3bulan berturut-turut.Untuk bulan pertama hingga bulan ketiga encik cuma perlu bayar rm45 ringgit.Setelah masuk bulan keempat barulah encik kena bayar rm78 ringgit sebulan dan seterusnya.


Udins: Tapi sekarang saya ada satu akaun maxis yang masih aktif,apakah boleh abang tolong suspend kan dulu sebelum saya daftar akaun baru?


Salesman: Boleh saya tolong suspend kan sekarang,encik bagi saya ic dan tunggu kejap saya call maxis center.


Keterangan dialog: Selepas saya memberikan ic selesman tadi pun terus menghubungi maxis center untuk suspend akaun lama saya sebelum mendaftarkan akaun baru pada hari itu juga.Saya juga diberi bercakap dengan maxis center pada masa itu sebelum akaun lama saya di sekat.


Salesman: Sekarang akaun maxis lama encik dah disekat,so encik nak daftarkan pakej yang mana satu?


Udins: saya nak yang rm78 ringgit je sebulan,sebab dah dua tahun lebih saya guna maxis dengan kadar bayaran rm138 ringgit,kalau saya nak yang bayaran bulanannya mahal lebih baik saya tak payah daftar akaun baru.Saya minta abang suspend akaun lama saya dan daftar akaun baru sebab saya nak cuba yang lebih murah pulak.Tapi sebelum itu saya nak tahu apakah betul saya cuma kena bayar rm45 ringgit sahaja selama 3bulan berturut-turut kerana ada ribet sebanyak rm33 ringgit sebulan?


Salesman: yaa..betul encik sekarang ambil pakej rm78 ringgit sebulan tolak ribet rm33 ringgit selama 3bulan berturut-turut.Jadi bulan pertama hingga bulan ketiga encik Cuma perlu bayar rm45 ringgit sahaja,nanti bila dah masuk bulan keempat barulah encik kena bayar rm78 ringgit sebulan dan seterusnya.


Udins: Baiklah kalau rm78 ringgit sebulan selepas ribet tamat saya setuju untuk daftar akaun baru.


Keterangan dialog: Selepas saya memastikan tentang bayaran tetap sebulan iaitu rm78 ringgit sebulan dan bulan pertama hingga bulan ketiga saya hanya perlu membayar rm45 ringgit kerana ada ribet rm33,saya pun setuju untuk mendaftarkan akaun baru.Tetapi yang mengecewakan saya ialah bila tiba waktu untuk bayaran bil bulan pertama sebanyak rm45 ringgit telah menjadi rm65.15 sen.Manakala bayaran tetap selepas ribet tamat iaitu rm78 ringgit telah menjadi rm98 ringgit sebulan dan seterusnya.Oleh kerana saya rasa seperti tertipu dengan cara selesman maxis memberi keterangan tentang bayaran yang telah dijanjikan iaitu rm45 selama 3bulan dan rm78 untuk bulan seterusnya saya pun terus menghubungi maxis center.Saya tidak menyalahkan maxis dalam masalah ini tetapi saya minta kepada pengarah maxis untuk memilih selesman yang benar-benar jujur dalam membuat promosi jalur lebar maxis dimasa akan datang.







RUJUKAN TARIKH PENDAFTARAN DAN SELESMAN ID
Tarikh daftar akaun maxis: 6 november 2009
Lokasi pendaftaran: Plaza srimuda Shah Alam Selangor D.E.
Salesman ID number: 8960010905677294485(1)





INI PAKEJ YANG SAYA DAFTARKAN PADA 6 NOVEMBER 2009.










INI NOMBOR ID SALESMAN YANG BUAT PENDAFTARAN AKAUN BARU BROADBAND PADA HARI PROMOSI JALUR LEBAR MAXIS DI HADAPAN PLAZA SRIMUDA SHAH ALAM SELANGOR D.E.

0 comments:

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP