BIRO KEBAJIKAN TAMAN SRIMUDA ZON B BERMESYUARAT

>> Sunday, January 24, 2010


Mesyuarat biro kebajikan pada 23 january 2010 membentangkan beberapa program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2010.Antara agenda yang diusulkan pada mesyuarat tersebut ialah memberi bantuan kepada penduduk yang berpendapatan kurang dari seribu sebulan dan mempunyai bilangan anak yang ramai.Selain itu program kursus keusahawanan juga diketengahkan oleh pengerusi biro kebajikan pada mesyuarat tersebut.Ajk biro kebajikan akan bermesyuarat semula pada 20 hb February 2010 bagi melengkapkan agenda mesyuarat ini.


Photo ini dirakam sewaktu minit mesyuarat ajk biro kebajikan Taman SriMuda Zon B









Ajk biro kebajikan akan bermesyuarat semula pada 20 hb February 2010 bagi melengkapkan agenda mesyuarat ini.


Read more...

MESYUARAT BIRO SUKAN

>> Thursday, January 21, 2010

Mesyuarat biro sukan yang dipengerusikan oleh En.Ramli pada 20 January 2010 jam 9.00 malam membincangkan beberapa jenis sukan yang akan dianjurkan atas nama RT pada bulan mei tahun ini.Kertas kerja biro sukan taman Srimuda Zon B akan ditampalkan pada setiap blok bangunan untuk memudahkan penduduk mengetauhi aktiviti sukan yang akan dijalankan sepanjang tahun 2010 ini.

Ini antara penggerak utama biro sukan di Taman SriMuda Zon B

Mesyuarat bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 10.45 malam.

Diharap kepada semua ajk biro sukan Taman SriMuda Zon B untuk saling bekerja sama bagi menjayakan anjuran sukan sepanjang tahun 2010.

Read more...

Mesyuarat dan pertemuan JMB dengan penghuni rumah kos rendah

>> Wednesday, January 20, 2010


Mesyuarat dan pertemuan JMB dengan penghuni rumah kos rendah sepertimana yang dirancang telah dilaksanakan pada 19hb januari 2010 bertempat di dewan masyarakat Taman SriMuda zon B.Sambutan daripada penduduk cukup memuaskan hati tuan pengerusi majlis.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh imam surau Taman Srimuda Muda Zon B dan selepas itu diikuti pula ucapan dari puan Kala  selaku pengerusi JMB Taman SriMuda.Diharap kepada semua penghuni rumah kos rendah yang telah mendaftarkan nama pada malam ini dapat memberikan kerjasama kepada Pihak pengurusan JMB dari segi pembayaran penyelenggaraan setiap bulan.


Majlis pembukaan dimulakan dengan bacaan doa dari imam surau Taman SriMuda Zon B(Wan Zakari)



Ucapan seterusnya daripada pengerusi JMB,Puan Kala.

Ucapan dari Ahli majlis persatuan penduduk Zon 9

Ucapan dari Ahli Majlis MBSA En.M.Rizal

Ini pula antara semua penduduk dari 8 blok rumah kos rendah yang hadir pada malam ini.

Ini pula antara semua penduduk dari 8 blok rumah kos rendah yang hadir pada malam ini.

Ini pula antara semua penduduk dari 8 blok rumah kos rendah yang hadir pada malam ini.

Ini pula antara semua penduduk dari 8 blok rumah kos rendah yang hadir pada malam ini.

Ini pula antara semua penduduk dari 8 blok rumah kos rendah yang hadir pada malam ini.

Majlis ini bermula seawal jam 8:40 malam dan bersurai pada jam 11:25 malam.

Read more...

perjumpaan tidak rasmi

>> Sunday, January 17, 2010

Taman Sri Muda Zon B-Pagi 17 january 2010, Penduduk dan Team SRS merasa bertuah kerana dapat bersemuka dan bersalaman dengan timbalan Ocpd  Shah Alam M.Chandra dan Inspector Khairul Nazmi dalam perjumpaan tidak rasmi di sebuah restoran 24 jam.Dalam pertemuan singkat ini M.Chandra meminta kepada penduduk untuk terus menghubungi beliau melalui sms sekiranya ada jenayah berlaku dikawasan Taman Srimuda.Dengan cara sebegini  penduduk secara tidak langsung dapat memberi kerjasama kepada pihak polis untuk menangani jenayah dikawasan mereka sendiri.

sempat bergurau sebelum memulakan taklimat

Sarjan Bostaman sedang mengatakan sesuatu kepada penduduk dan juga Team SRS.






Dari kanan,Sarjan Bostaman,Inspector Nazmi dan timbalan Ocpd M.chandra.

Encik Khasfi selaku biro keselamatan penduduk sedang bertanyakan sesuatu kepada sarjan Bostaman.



Lebih kurang jam 01:15 pagi majlis perjumpaan

Read more...

PERJUMPAAN SAUDARA BARU DIPINDAH TARIKH KEPADA 16 JAN 2010

>> Friday, January 15, 2010

Persatuan saudara baru Taman Sri Muda telah ditubuhkan pada 10 january 2010 seperti yang dirancang.Abang Man(syed) telah dilantik sebagai pengerusi buat masa ini. Mesyuarat susulan akan diadakan bulan depan pada 6 hb februari 2010 telah dipindah kepada 16 january 2010 hari sabtu. Semua saudara baru ditaman Sri Muda amat dialu-alukan  untuk bersama pada hari itu. Buat masa ini data-data saudara-saudara baru sedang dan akan dikemaskini kan untuk persatuan ini. Di minta juga kepada semua ajk persatuan supaya menghebahkan perkara ini kepada semua. Insyallah dengan  adanya persatuan ini nanti dapatlah kita membela / membawa mereka ke jalan yg lebih sempurna. Insyallah.

Read more...

MESYUARAT JMB

>> Wednesday, January 13, 2010




Suasana mesyuarat JMB


PHOTO BY ASHRAF

Update Isu JMB - Pada 4hb.Januari lepas, ahli JMB untuk 8 blok flet kos rendah telah bermesyuarat dan bersetuju melantik syarikat 'JALINAN MESRA' sebagai kontraktor maintenance baru.Pada 19hb.Januari 2010 nanti, jam 8.45mlm bertempat dewan orang ramai taman akan diadakan mesyuarat dan taklimat/penerangan berserta soal jawab dengan semua penghuni-penghuni 8 blok tersebut. Insyallah.

Read more...

Persatuan saudara baru Taman Sri Muda

>> Monday, January 11, 2010


Persatuan saudara baru Taman Sri Muda telah ditubuhkan pada 10 january 2010 seperti yang dirancang.Abang Man(syed) telah dilantik sebagai pengerusi buat masa ini. Mesyuarat susulan akan diadakan bulan depan pada 6 hb februari 2010. Semua saudara baru ditaman Sri Muda amat dialu-alukan  untuk bersama pada hari itu. Buat masa ini data-data saudara-saudara baru sedang dan akan dikemaskini kan untuk persatuan ini. Di minta juga kepada semua ajk persatuan supaya menghebahkan perkara ini kepada semua. Insyallah dengan  adanya persatuan ini nanti dapatlah kita membela / membawa mereka ke jalan yg lebih sempurna. Insyallah.

Read more...

JMB untuk 8 blok flet kos rendah

>> Sunday, January 10, 2010


Original text from:Brader Ashraf 3P
TIME/DATE:    9 Jan 10, 12:27 PM


Brader Ashraf 3P: Update Isu JMB - Pada 4hb.Januari lepas, ahli JMB untuk 8 blok flet kos rendah telah bermesyuarat dan bersetuju melantik syarikat 'JALINAN MESRA' sebagai kontraktor maintenance baru.Pada 19hb.Januari 2010 nanti, jam 8.45mlm bertempat dewan orang ramai taman akan diadakan mesyuarat dan taklimat/penerangan berserta soal jawab dengan semua penghuni-penghuni 8 blok tersebut. Insyallah.

Read more...

MINIT MESYUARAT R.T. TAMAN SRIMUDA ZON B

>> Sunday, January 3, 2010

Asalamualaikum dan salam mesra kepada pelawat blog SRS Taman Sri Muda Zon B.Minit mesyuarat yang sepatutnya dimulakan seawal jam 8:30 malam tertunda ke jam 9:15 malam kerana hujan yang turun seawal jam 7:00 malam tadi.Minit mesyuarat ini berakhir kira-kira pukul 11:15 malam.Berikut antara agenda yang dibincangkan dalam minit mesyuarat Rukun Tetangga Taman Sri Muda Zon B.


Tarikh    : 02 january 2010
Masa     :08:30 malam
Tempat  :Dewan orang ramai Taman Srimuda


Agenda  :
a. Ucapan pengerusi
b. Lantikan semula Ahli Jawatankuasa RukunTetangga
c. Lantikan biro-biro
d. Membincangkan bidang tugas biro-biro
e. Hal-hal berbangkit






SEMUA INI ANTARA AJK RT YANG HADIR

MESYUARAT BERMULA DENGAN UCAPAN PENGERUSI BARU ENCIK SAPARI












ENCIK ASRAF DAN ENCIK KAMAL SEDANG BERBINCANG SESUATU

ENCIK KAMAL SELAKU SETIAUSAHA SEDANG MEMBERI PENJELASAN




JIRAN WANITA SEDANG MENERANGKAN SESUATU

DOA KESUKURAN DIBACAKAN OLEH BIRO AGAMA DAN KEBAJIKAN MASYARAKAT OLEH WAN ZAKARIAH WAN ISMAIL SEBAGAI MENGAKHIRI MINIT MESYUARAT PADA MALAM INI.





Read more...

DETIK JAM 12 PAGI

>> Friday, January 1, 2010

Selamat tinggal tahun 2009 dan Selamat datang ketahun baru 2010.Semua peristiwa ditahun 2009 hanya tinggal dalam kenangan.Azam baru bagi setiap orang ditahun 2010 ini pasti telah dilafazkan malam tadi sebelum detik jam 12:00 pagi 1 january 2010.Kini kita telah berada ditahun baru dan marilah kita berfikir lebih matang lagi untuk mencapai matlamat hidup masing-masing.Perangai buruk atau tingkah laku kita ditahun 2009 jadikanlah sempadan ditahun 2010 ini manakala yang baik pula kita jadikan teladan.



Dari kanan encik Sapari(pengerusi R.T. 2010/2012) bersama penulis blog srs encik Udins

Jamuan makan bersama penduduk taman srimuda zon b

suasana meriah menyambut tahun baru 2010 diikuti tembakan bunga api



Ini pula saudara Rames sedang membakar shisa arab



Tembakan bunga api dan pembakaran mercun dihadkan kepada penduduk sehingga jam satu pagi sahaja bagi menghormati jiran tetangga yang hendak tidur.

Read more...

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP