Lawatan Tuan Ocpd ke pusat kawalan rondaan Srs Taman SriMuda Zon B

>> Sunday, February 21, 2010


Taman Sri Muda Zon B - 20 February 2010,Team SRS Taman sri muda zon B seawal jam 9 malam telah diarah oleh En.Kashfi selaku biro kelesamatan untuk berkumpul di pusat kawalan Srs Taman Srimuda Zon B.Kebiasaannya team Srs akan datang ke pusat kawalan pada jam 12:00 malam tetapi malam ini mereka diarah berkumpul lebih awal kerana Tuan OCPD Shah Alam dan pihak RTM akan membuat lawatan kepusat kawalan Srs Taman SriMuda Zon B.Dianggarkan hampir 70 orang ahli Srs berkumpul dipusat kawalan menanti kedatangan Tuan OCPD Shah Alam dan rombongannya.Berikut antara gambar yang sempat dirakamkan oleh jurukamera SRS sebelum rondaan malam minggu dimulakan.


En.Kashfi sedang memberi taklimat sebelum ketibaan Tuan OCPD Shah Alam

Mereka yang menyertai Srs adalah penduduk sekitar Zon B.
Team Srs berbaju hijau untuk rondaan bermotosikal
Team Srs berbaju biasa ditugaskan untuk menyediakan minuman untuk ahli peronda Srs
Team Srs berbaju hijau untuk rondaan bermotosikal
Team Srs yang berbaju merah oren pula membuat rondaan sekitar perumahan sahaja
Team Srs yang berbaju merah oren pula membuat rondaan sekitar perumahan sahaja
Taklimat dari Tuan OCPD Shah Alam

En.Kashfi sedang diwawancara
En.Kashfi sedang diwawancara
En.Kashfi sedang diwawancara
En.Kashfi sedang diwawancara

Tepat jam 12:25am persiapan diluar pusat kawalan Srs untuk memulakan rondaan
Tepat jam 12:25am persiapan diluar pusat kawalan Srs untuk memulakan rondaan
Tepat jam 12:25am persiapan diluar pusat kawalan Srs untuk memulakan rondaan

Read more...

PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAMAN SRIMUDA ZON B

>> Saturday, February 20, 2010

Masjid AL-FALAH Taman SriMuda akan mengadakan perarakan sempena sambutan MAULIDUR RASUL pada 27 february 2010 hari sabtu bermula 8:00am hingga 12:00 tengahhari.

Tentetif program sambutan Maulidur Rasul 1431 H / 2010 M.

7:30 pagi – 8:00 Pagi (semua peserta berkumpul diperkarangan Masjid Al-Falah)

8:15 Pagi – Taklimat program perarakan dan Taklimat daripada Polis(PDRM)

8:25 Pagi – Doa

8:00 Pagi – Perarakan bermula

10:15 Pagi – Ceramah oleh Y.Bhg Dato’Hasan Mamud Al-Hafiz

11:45 Pagi – Jamuan Makan

12:00 TengahHari – Majlis Bersurai




Mesyuarat RukunTetangga Taman SriMuda Zon B pada 17 february lalu,sebulat suara bersetuju untuk menghantar peserta bagi mewakili penduduk Taman Srimuda zon B menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul pada 27 february 2010.


Antara Ajk RT Taman Sri Muda yang hadir pada mesyuarat kali ketiga ini


Dari kiri En.Kamal Ariffin(setiausaha)dan Tuan Pengerusi En.Sapari

Read more...

Masalah Sampah Dibawah Tangga Blok 6

>> Sunday, February 14, 2010

Kepada penghuni blok 6 Taman Sri Muda Zon B,anda semua diminta untuk tidak meletakkan sampah ditepi tangga atau dibawah tangga bangunan blok 6.Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah penghuni blok ini menyebabkan penghuni lain merasa tidak selesa setiap kali melalui tangga blok 6 untuk ketingkat 2,3dan4.Tidak cukup dengan itu ada juga penghuni blok ini yang sengaja meletakkan sampah mereka dihadapan pintu jiran mereka.Jika ada sesiapa yang terlihat kelibat orang meletakkan sampah didepan pintu jiran atau dibawah tangga bangunan blok ini,tolong laporkan kepada ketua blok atau menghubungi pengerusi rukuntetangga Taman Sri Muda Zon  B ditalian 0126251358(En Sapari).Kerjasama dari semua penghuni blok 6 untuk menangani pembuangan sampah secara terbuka amat diperlukan.



PERABOT BURUK,SERPIHAN PAPAN LAPIS DAN SAMPAH SARAP DILONGGOK DIBAWAH TANGGA BLOK 6 ANDORA APT TAMAN SRIMUDA ZON B.

Read more...

SELAMAT TAHUN BARU CINA

>> Friday, February 12, 2010

KAMI SRS TAMAN SRIMUDA ZON B MENGUCAPKAN"SELAMAT TAHUN BARU CINA" KEPADA SEMUA PENDUDUK ZON B YANG BERBANGSA CINA,DAN BERHATI-HATI KETIKA DIJALAN RAYA.



Read more...

“ISLAM ANTARA PEGANGAN DAN PERJUANGAN”.

>> Monday, February 8, 2010

Pada 6 february 2010,Biro kebajikan dan kemasyarakatan telah menjalankan aktiviti Amal mereka dengan mengundang ustaz Adam dan ustaz Nazarudin untuk memberi ceramah motivasi kepada ahli persatuan saudara baru Taman Srimuda zon B,dengan tajuk “ISLAM ANTARA PEGANGAN DAN PERJUANGAN”.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi RT Taman Srimuda Zon B,En.Sapari
Berdiri,en.Ashraf,berucap en.Sapari dan yang duduk tu pengacara bebas en.Mizi
Saudara baru yang hadir


Ni yang duduk sambil makan ni namanya moktar,beliau juga adalah biro kebajikan
Terima kasih kami ucapkan kepada kedua-dua Ustaz yang telah sudi menerima jemputan untuk majlis motivasi di Taman Srimuda ZOn B.

Majlis berakhir Jam 11:50 malam,dan saudara baru dijemput untuk menjamu selera sebelum balik kerumah.

Read more...

Mesyuarat RT Taman Srimuda Zon B

Mesyuarat RT pada 3hb February 2010 yang dipengerusikan oleh En.Sapari berjalan seperti yang telah dirancang.Antara agenda utama mesyuarat ini,membincangkan aktiviti yang akan dijalankan oleh setiap biro RT sepanjang tahun 2010.Selain dari membincangkan aktiviti biro RT,perkara-perkara berbangkit juga diusulkan.
Mesyuarat RT Taman Srimuda Zon B.
Mesyuarat ini depengerusikan oleh En.Sapari
Mereka yang hadir terdiri dari semua Biro RT yang telah dilantik

Setiap biro diminta membacakan aktiviti yang akan mereka jalankan sepanjang tahun ini



Mesyuarat berakhir jam 11:45 malam.

Read more...

PROGRAM MOTIVASI"ISLAM ANTARA PEGANGAN DAN PERJUANGAN”.

>> Monday, February 1, 2010


Pemberitauhan kepada saudara baru yang telah mendaftarkan diri dengan persatuan ini untuk hadir ke dewan orang ramai Taman SriMuda Zon B pada 6 hb februari 2010 jam 9.00 malam.Biro kebajikan dan kemasyarakatan bersama persatuan saudara baru akan mengadakan program motivasi bertajuk,”ISLAM ANTARA PEGANGAN DAN PERJUANGAN”.Dengan adanya program sebegini dapatlah kita merapatkan lagi tali persaudaraan dengan saudara baru kita.Wassallam..

Read more...

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP