Lawatan ke rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim

>> Tuesday, March 23, 2010


Krt Taman Sri Muda akan membuat lawatan ke rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim untuk memberi sedikit sumbangan berbentuk pakaian dan makanan.Tarikh lawatan ini belum ditentukan lagi oleh pengerusi R.T iaitu En.Sapari atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.Beliau meminta kepada semua Ajk R.T Taman Sri Muda Zon B untuk menghubungi beliau(En.Sapari)jika ingin memberikan sumbangan kepada rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim sempena lawatan R.T ketempat mereka dalam masa terdekat ini.Ajk R.T atau pendududk sekitar Taman Sri Muda Zon B yang ingin memberi sumbangan boleh menghubungi nombor telefon Pengerusi R.T 012-6251358(EN.Sapari)

Read more...

Terima Kasih YB

>> Monday, March 15, 2010

Terima kasih kami ucapkan kepada YB Suhaimi dan YB Dr,Siti Mariah Mahmud yang telah sudi meluangkan masa bersama dengan penduduk Taman SriMuda Zon B dalam menjayakan Sukaneka bersama Rakyat anjuran Mpp.


Read more...

SEMANGAT BERPASUKAN

Lari bawa bola ping-pong dalam sudu untuk kategori kanak-kanak
Kasut Gergasi bagi kategori Lelaki dewasa dan Kanak-kanak dewasa



Isi air dalam botol untuk kategori Kanak-kanak


Lari dalam guni untuk kategori Wanita dewasa
Puan kala dari Mpp turut mengambil bahagian dalam acara lari dalam guni untuk wanita dewasa

Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan Taman SriMuda turut sama mengambil bahagian dalam acara lari dalam guni kategori Wanita dewasa

Read more...

ACARA SUKANEKA

Tarian poco-poco dimainkan untuk pemanasan badan sebelum sukaneka bermula.
kaum ibu turut menunjukkan bakat menari poco-poco bersama pengerusi mpp




Antara kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam acara sukaneka

Kanak-kanak dari Tadika Sinar Sang Suria Taman Sri Muda


Read more...

Biro Kebajikan Dan Kemasyarakatan

Pada kesempatan sempena sukaneka rakyat,Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan Taman SriMuda Zon B mengambil peluang berniaga bagi menambah dana tabung Kebajikan mereka.Tidak ketinggalan juga Biro Jiran Wanita Taman SriMuda Zon B untuk turut sama berniaga.Photo dibawah ini antara yang sempat saya rakamkan untuk tatapan pengunjung blog Perpaduan ini.
Ada pelbagai Juadah dan minuman yang dijual di gerai Biro kebajikan ini sempena sukaneka
photo kenangan Biro kebajikan sempena sukanekan


Biro Kebajikan Taman SriMuda Zon B juga ada menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada semua penduduk taman SriMuda Zon B pada pagi sukaneka berlangsung.

Read more...

SUKANEKA RAKYAT ANJURAN MPP

Pembukaan majlis sukaneka rakyat dimulakan dengan bacaan doa dari Wan Zakari(Imam Surau Taman SriMuda Zon B)

Ucapan aluan dari YB. Dr Siti Mariah Mahmud
Ajk MPP yang ditugaskan untuk menguruskan sukaneka terdiri dari berbilang kaum
Pengacara sukaneka pada tahun ini ialah En.Mizi



Inilah dia Bendahari RukunTetangga Taman SriMuda Zon B En.Moktar Yahya
Ini semua adalah Rukun Tetangga Zon B yang selalu membuat rondaan sukarela pada setiap malam.

Read more...

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP