SUKANEKA T.S.M ZON B 2010

>> Sunday, May 30, 2010

Sukaneka anjuran Rukun Tetangga Taman SriMuda Zon B sepertimana yang telah dibincangkan pada minit mesyuarat biro sukan kini telah terlaksana.Walaupun pada awal pagi hujan renyai-renyai turun namun berkat doa dari imam Surau En.Wan Zakari memohon agar sukaneka ini berjalan lancar sehingga ke penghujungnya akhirnya terkabul.Selepas majlis membaca doa dan ucapan aluan dari pengerusi rukuntetangga Taman SriMuda Zon B  dan ucapan dari pegawai Perpaduan En.Sharin ,maka dengan ini rasmilah pelancaran sukaneka pada pagi ini.Sambutan dari penduduk cukup memuaskan apabila juruaudit kami menganggarkan hampir 300 penduduk yang hadir termasuk kanak-kanak pada sukaneka kali ini.Acara sukaneka dimulakan dengan pertandingan mewarna lukisan kategori kanak-kanak 7-10 tahun dan berakhir dengan acara bola sepak lima sebelah kira-kira jam 1:35pm.


Ucapan pembukaan sukaneka dan ucapan penutup sukaneka oleh Pegawai Perpaduan En.Sharin.


Penulis blog srs berdiri sebelah kiri.
En.Mizie macam dah keletihan
Sarapan pagi dulu baru mula kan sukaneka
Pegawai perpaduan En.Sharin dan Pengerusi T.S.M Zon B 
DJ pilihan krt T.S.M. Zon B.En.TERMIZI atau panggilan hariannya Mizie
En.Moktar sibuk menyiapkan kertas untuk tekaan biji labunya.
Pertandingan mewarna lukisan kategori kanak-kanak 7-9 tahun dimenangi oleh adik Nurhafiza,tempat kedua dimenangi oleh adik Tuan Azfar Isyraf bin Tuan Azlan dan tempat ketiga dimenangi oleh adik Kirtanaa Ap Suresh
Ini pula acara tambahan bagi memeriahkan lagi sukaneka iaitu acara rebut gula-gula untuk kanak-kanak.
Kepit Bola kategori wanita dewasa
Kepit Bola kategori lelaki dewasa
Pancing botol kategori kanak-kanak 7-12 tahun
Lari dalam guni kategori wanita dewasa
Lari dalam guni kategori lelaki dewasa



Acara sambung tali dalam masa 3 minit dimenangi oleh Biro Jiran Wanita Taman Srimuda Zon B

Permainan ini dinamakan "TEKA BIJI LABU"yuran pendaftaran untuk satu tekaan sebanyak Rm2.oo dan peneka yang paling hampir dengan kiraan biji labu pada sesi pengiraan akan dikira menang.

Puan kala telah memenangi acara teka biji labu dengan tekaan paling hampir iaitu 473 dan jumlah sebenar biji labu ialah 587 biji.
Kepit Belon berisi air

ACARA TIUP TEPUNG
Acara tiup tepung untuk dapatkan gula-gula kategori kanak-kanak 7-12 tahun
Permainan ini pula dinamakan Bowling Kelapa Tua,nampak mudah nak main tapi sebenarnya susah.Pemain permainan ini kena ada keyakinan diri untuk membuat balingan yang sempurna.Jatuhan botol air mineral yang banyak akan menentukan kumpulan mana yang akan memenangi permainan ini.Saksikan photo yang sempat saya rakamkan pada program sukaneka anjuran Krt Taman Srimuda Zon B.
Walaupun cuaca terik pegawai dari jabatan perpaduan ini En.Sharin tetap bersama penduduk dan ajk krt ditengah padang untuk memeriahkan lagi sukaneka ini.Sekali lagi kami bagi pihak media blog mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi bersama penduduk Taman Srimuda Zon B.
Perlawanan bola jaring wanita sempena sukaneka anjurank krt Taman sri muda Zon B.Team dari Sri Kilat menentang Team Canon(berbaju merah)
Biro jiran wanita Taman srimuda zon B menentang Team Canon
Biro jiran wanita Taman srimuda zon B menentang Team dari Sri Kilat

Read more...

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP