Gotong –royong Perdana Taman Sri Muda mendapat sambutan dari penduduk taman ini.Seawal jam 8:00 pagi penduduk sudah turun beramai-ramai untuk membersihkan kawasan Fleat perumahan mereka.Semua barangan seperti perabot,almari dan rak kasut yang tidak diguna dipunggah dari rumah-kerumah secara bergotong – royong.Semua barangan ini dilonggokkan dikawasan letak kereta sementara menunggu lori pemunggah sampah datang mengambilnya.Selain membuang semua perabot yang tidak diguna,longkang-longkang juga turut dibersihkan.Semua penduduk yang hadir diberikan sebungkus ubat untuk disimpan didalam tangki simpanan air bagi mencegah pembiakan nyamuk aides.Pengerusi krt Taman Sri Muda Zon B En.Sapari berpuas hati atas kerjasama yang diberikan oleh semua penduduk dikawasan ini.Beliau juga berharap agar semangat bergotong-royong ini sentiasa diamalkan demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia.
Jengkaut digunakan untuk melonggokkan semua sampah sarap kekawasan lapang
Sebahagian dari penduduk Taman Sri Muda sedang sibuk mengeluarkan selut dan sampah yang terperangkap dalam longkang
Perabot yang tidak diguna dilonggokkan dikawasan letak kereta untuk dipunggah ke dalam lori sampah
Selut dan sampah yang di keluarkan dari dalam longkang
GOTONG ROYONG PERDANA
>> Tuesday, November 23, 2010
Pemberitauhan kepada semua penduduk Taman Sri Muda Zon B untuk turun beramai-ramai pada hari ahad 28 november 2010 untuk bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan perumahan dikawasan anda.Semua peralatan rumah yang tidak diguna bolehlah diturunkan kekawasan lapang untuk dipunggah beramai-ramai kedalam lori sampah.Kerjasama penduduk sekitar Zon B amatlah diperlukan.
Read more...
Labels:
GOTONG ROYONG PERDANA
Korban Raya di SK Taman Srimuda
Tahun ini aku rasa paling sibuk berada disemenanjung,ditambah lagi dengan raya korban pada tahun ini.Banyak aktiviti kemasyarakatan yang aku dan member sabahan lainnya ikuti sehingga tidak terasa tahun 2010 semakin hampir ke penghujungnya.Walaupun aku sentiasa sibuk namun kerja ku tetap tidak terabai.Dipendekkan cerita,saya ingin membawa pembaca untuk melihat beberapa photo yang sempat saya dan rakan-rakan rakamkan pada majlis korban yang diadakan di sekolah rendah(2)Taman Srimuda pada 20 november 2010 yang lalu.
suasana korban hari raya aidiladha di padang sekolah rendah Taman srimuda bergema oleh takbir raya.
Labels:
Korban Raya di SK Taman Srimuda
PDRM BERSAMA SRS
Perjumpaan srs bersama pdrm pada 13 november 2010 yang lalu di dewan masyarakat Taman Sri Muda Zon B sedikit sebanyak menyedarkan masyarakat sekeliling pentingnya skim rondaan sukarela atau srs ini ditubuhkan.Kerjasama antara pdrm dengan srs disuatu kawasan dapat mengurangkan kadar jenayah pecah rumah dan peras ugut.Berikut beberapa photo yang sempat penulis blog srs rakamkan pada malam perjumpaan tersebut.
SARJAN HALIM DARI BALAI POLIS TAMAN SRIMUDA SEDANG MEMBERI SEDIKIT TAKLIMAT KEPADA ANGGOTA SRS.
Labels:
PDRM BERSAMA SRS
Subscribe to:
Posts (Atom)