Taman Sri Muda Zon B,Hari kedua Aktiviti Ziarah Saudara Baru dan Ibu Tunggal diteruskan oleh biro kebajikan dan kemasyarakatan dengan tujuan memberi sedikit sumbangan barang makanan dan sedikit wang zakat kepada mereka.Seperti malam pertama tepat jam 8:00 malam kami mula mencari rumah saudara baru dan ibu tunggal berpandukan alamat yang telah direkodkan sebelum ini.Pada hari kedua ini kami hanya ada 7 buah rumah yang hendak di ziarahi tetapi ada tambahan 2 buah rumah lagi menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 20 buah rumah termasuk 11 buah rumah pada hari pertama aktiviti ziarah ini dijalankan.
Rumah pertama yang kami ziarahi pada malam kedua ini ialah seorang nenek,beliau merasa terharu dan tidak menyangka bahawa ada juga orang yang bersimpati terhadapnya sehingga nenek ini menitiskan air mata dihadapan biro-biro kebajikan Taman Sri Muda zon B.
duduk disebelah kanan inilah Nenek yang sempat kami ziarahi pada malam kedua aktiviti ini dijalankan.
Berikut ini antara photo saudara baru dan ibu tunggal yang sempat kami rakamkan
Selepas rumah yang terakhir kami ziarahi,kami pun terus ke destinasi terakhir iaitu kedai Tom Yam terkenal dengan panggilan kedai Lempeng atau Nelam untuk makan malam sebelum balik kerumah masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment