Taman Srimuda Zon B - Ahad 11 oktober 2009 jam:03:05 am ketika srs taman srimuda membuat rondaan sukarela yang diketua oleh biro keselamatan penduduk iaitu en.Kasbi.Kami terlihat sebuah van putih dipandu secara mululu dipersimpangan jalan berhampiran sekolah menengah taman srimuda zon B dan tanpa membuang masa kami mengejar van tersebut dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik encik Kasbi.Ketika van tersebut membelok kesimpang menuju surau taman srimuda zon B,kami terus memotong van tersebut dan mengarahkan pemandunya agar berhenti untuk pemeriksaan srs.Ketika pemeriksaan keatas pemandu dan seorang rakannya kami mendapati pemandu van tersebut dalam keadaan mabuk.Pada mulanya pihak kami hendak menghubungi pihak polis tetapi atas budi bicara mereka berdua encik kasbi mengubah fikiran dan hanya menasihatkan keduanya agar jangan mengulangi perbuatan seperti itu dimasa akan datang.
Inila van jenis Toyota yang srs taman srimuda zon B tahan kerana dipandu secara melulu.
Pemberitauhan kepada semua ahli srs taman srimuda dan juga penduduk yang tinggal berhampiran dengan taman srimuda zon B untuk datang ke majlis rumah terbuka anjuran SRS pada hari AHAD 11 oktober 2009 bermula jam 8:00 hingga jam 12:00 malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment