kadar mabuk berkurangan

>> Friday, October 30, 2009


Kadar mabuk dan gaduh dikalangan sabahan ditaman srimuda semakin berkurangan ekoran skim rondaan sukarela atau srs sentiasa memantau dan dan memberi  nasihat agar sesuatu yang tidak berfaedah itu jangan dilakukan.kalau sebelum ini ramai kaki botol yang selalu membuat bising pada waktu malam hingga mengganggu penduduk taman srimuda.Namun kini apabila srs mula bertindak tegas terhadap penduduk yang kaki botol  maka dengan itu kadar mabuk dan gaduh dikalangan remaja sabah di taman srimuda dapat dikurangkan.Walaupun tidak seratus-peratus gejala mabuk dan gaduh dapat dikurangkan tetapi sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk taman srimuda zon B dapat  memberi  kerjasama yang memuaskan.Manakala 20 peratus lagi bukan dilakukan oleh penduduk taman srimuda sebaliknya orang luar yang datang menziarahi rakan-rakan mereka  disini kemudian  minum dan mabuk hingga terjadinya pergaduhan.




LOKASI TAMAN SRIMUDA ZON B

TAJUK: AJK SRS ADA YANG TAK SETUJU DENGAN KETEGASAN ANGGOTANYA

Asalamualaikum dan salam mesra kepada semua penduduk Taman Srimuda zon B.Saya ada terdengar kabar-kabar angin bahawa ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati tentang ketegasan anggota srs dalam menangani beberapa kes maksiat ditaman srimuda zon b.Tidak cukup dengan itu ada beberapa penduduk yang mengatakan bahawa srs tidak berhak untuk menahan atau campur tangan dalam menguruskan kes maksiat di taman srimuda walaupun kawasan tersebut adalah dibawah kawalan srs.Pada pendapat mereka ahli jawatankuasa masjid dan surau sahaja yang berhak menangani isu kemaksiatan ditaman srimuda dan srs tidak boleh campur tangan dalam urusan ini.Tetapi bagaimana pula jika secara kebetulan  maksiat itu berlaku dihadapan anggota srs yang membuat rondaan ketika itu?apakah anggota srs harus membiarkan maksiat itu dilakukan?Kemungkinan ada pihak yang mengatakan jika ada maksiat berlaku sila hubungi jawatankuasa masjid taman srimuda.Kalau kejadian tersebut berlaku diwaktu siang kemungkinan ahli jawatankuasa masjid boleh datang dengan segera sebaliknya jika maksiat tersebut berlaku sekitar jam 2 pagi apakah ahli jawatankuasa masjid boleh datang dengan segera.??Pada pendapat saya campur tangan srs dalam menangani kemaksiatan di taman srimuda merupakan satu jihad yang baik dari sudut pandang islam dan mereka yang memahami cara hidup seorang islam.Ada juga suara-suara sumbang dari ajk srs sendiri yang kurang senang dengan cara kerja srs menangani jenayah dan maksiat di Taman srimuda sekarang ini.Pada pandangan mereka Srs seharusnya banyak bertolak ansur dalam urusan cegah maksiat dan kalau boleh jangan guna kekerasan kepada pembuat maksiat tersebut.Begitulah pandangan dan pendapat mereka(AJK) yang menganggap diri mereka lebih bijak dan lebih arif tentang bagaimana menangani isu maksiat dalam ajaran  islam.Pada penulisan artikel kali ini saya akan huraikan maksud bertolak ansur dalam ajaran islam supaya mereka tidak terlalu menganggap anggota srs keterlaluan dalam menangani maksiat dan jenayah disini.Salah satu kreteria bagi manusia untuk masuk jannah,masuk surga,masuk firdaus adalah tolak ansur.Allah berkata dalam surah al-asaf bab 103 ayat 1 sampai 3 bahawa demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman,mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.Tolak ansur salah satu kreteria untuk masuk jannah,jika kita tidak punya tolak ansur maka menurut al-assar kita tidak akan masuk surga.Bukan hanya tolak ansur,kita juga harus menasihati orang lain untuk bertolak ansur.Definisi tolak ansur ada bermacam-macam tapi saya ingatkan pada mereka,bahawa tolak ansur memiliki batasannya juga.Apa yang dimaksud dengan tolak ansur?sebagai contoh,ada orang yang berbuat salah padamu tapi kamu tidak balas dendam,itu bagus.Tapi berapa lama?tolak ansur memiliki batasan dan dalam islam,zalim adalah orang yang berbuat jahat atau boleh dikatakan orang yang suka menyakiti orang lain.Ada dua macam zalim iaitu orang yang menyakiti orang lain dan orang yang menyakiti dirinya sendiri.Ada dua macam dan dua-duanya disebut zalim,menyakiti orang lain dan dirinya sendiri.Nabi Muhammad sallallahualaihiwassallam berkata dalam hadis Sahih Muslim”Apabila kamu melihat perbuatan yang salah,jika boleh kamu harus menghentikannya dengan tanganmu,jika tidak boleh dengan tanganmu,hentikan dengan mulutmu atau lidahmu,jika itu juga  tidak boleh kamu lakukan,setidaknya kutuklah dalam hatimu bahawa perbuatan itu salah.Jika kamu lakukan itu,kamu adalah orang yang beriman paling rendah,saya ulangi KAMU ADALAH ORANG YANG BERIMAN PALING RENDAH.Yang harus kita lakukan adalah memiliki tolak ansur seperti di ajarkan Al-Quran surah Al-baqarah bab 2 ayat 153”sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bersabar.Tapi bersabar juga tidak boleh melampaui batas,sabar juga ada batasnya,tolak ansur juga ada batasnya.Saya berikan contoh,jika ada seorang wanita  dirogol,kita tidak boleh berkata”bertolak ansurlah tidak masalah.Jika Allah swt bagi saya kekuatan ketika saya melihat seorang wanita dirogol maka saya akan menghentikannya dengan tangan dan bukannya dengan bertolak ansur atau berlembut dengan orang seperti ini.


0 comments:

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP