Air mata Ibu
>> Thursday, October 22, 2009
"Ibu, mengapa ibu menangis ?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita."
Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan
memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu
menangis ?"
Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada
alasan."
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian,
si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita
menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk
daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah
menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah
ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan
isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan
kepala bayi yang sedang tidur.
Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari
rahimnya. Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya
sendiri...... Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap
bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.
Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau
letih, sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita,
perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam
situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan
hatinya.
Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin
tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia
berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa
kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk
suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ?
Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita
menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula
kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami
agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.
Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan
perasaannya...
.... Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat
digunakan di mana ia inginkan.
Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya,
airmata!
" Ini airmata kehidupan."
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia
sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di
tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu
akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan
lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia
akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri
wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan
apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap
dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh
tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua
rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum
sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan
baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
0 comments:
Post a Comment