GOTONG-ROYONG MEMOTONG RUMPUT SEKITAR KAWASAN DEWAN.

>> Saturday, October 31, 2009

31 OKTOBER 2009 MASA:10:00 PAGI- 2:00 PETANG

SEBJEK:GOTONG-ROYONG MEMOTONG RUMPUT SEKITAR KAWASAN DEWAN.

Seramai 006 orang yang hadir dalam gotong-royong memotong rumput sangat mengecewakan.Walau bagaimanapun kerja memotong rumput diteruskan juga sekalipun bilangan penduduk yang hadir 006 orang sahaja termasuk dua orang mandur yang kerjanya Cuma berdiri dan bercerita sahaja.Inilah sikap yang perlu diberi penekanan sekiranya ada mesyuarat antara blok bangunan supaya semua penduduk memberi  kerjasama jika mereka ada masa yang terluang dihujung minggu.Sebagai seorang penduduk taman Srimuda saya dapat melihat ada beberapa penduduk yang sengaja tidak mahu memberikan kerjasama jika pihak rukuntetangga memerlukan tenaga mereka.Saya berharap kepada penduduk Taman Srimuda yang secara kebetulan terbaca artikel diblog srstamansrimuda ini agar memberi kerjasama dimasa demi kesejateraan bersama.

















Read more...

kadar mabuk berkurangan

>> Friday, October 30, 2009


Kadar mabuk dan gaduh dikalangan sabahan ditaman srimuda semakin berkurangan ekoran skim rondaan sukarela atau srs sentiasa memantau dan dan memberi  nasihat agar sesuatu yang tidak berfaedah itu jangan dilakukan.kalau sebelum ini ramai kaki botol yang selalu membuat bising pada waktu malam hingga mengganggu penduduk taman srimuda.Namun kini apabila srs mula bertindak tegas terhadap penduduk yang kaki botol  maka dengan itu kadar mabuk dan gaduh dikalangan remaja sabah di taman srimuda dapat dikurangkan.Walaupun tidak seratus-peratus gejala mabuk dan gaduh dapat dikurangkan tetapi sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk taman srimuda zon B dapat  memberi  kerjasama yang memuaskan.Manakala 20 peratus lagi bukan dilakukan oleh penduduk taman srimuda sebaliknya orang luar yang datang menziarahi rakan-rakan mereka  disini kemudian  minum dan mabuk hingga terjadinya pergaduhan.




LOKASI TAMAN SRIMUDA ZON B

TAJUK: AJK SRS ADA YANG TAK SETUJU DENGAN KETEGASAN ANGGOTANYA

Asalamualaikum dan salam mesra kepada semua penduduk Taman Srimuda zon B.Saya ada terdengar kabar-kabar angin bahawa ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati tentang ketegasan anggota srs dalam menangani beberapa kes maksiat ditaman srimuda zon b.Tidak cukup dengan itu ada beberapa penduduk yang mengatakan bahawa srs tidak berhak untuk menahan atau campur tangan dalam menguruskan kes maksiat di taman srimuda walaupun kawasan tersebut adalah dibawah kawalan srs.Pada pendapat mereka ahli jawatankuasa masjid dan surau sahaja yang berhak menangani isu kemaksiatan ditaman srimuda dan srs tidak boleh campur tangan dalam urusan ini.Tetapi bagaimana pula jika secara kebetulan  maksiat itu berlaku dihadapan anggota srs yang membuat rondaan ketika itu?apakah anggota srs harus membiarkan maksiat itu dilakukan?Kemungkinan ada pihak yang mengatakan jika ada maksiat berlaku sila hubungi jawatankuasa masjid taman srimuda.Kalau kejadian tersebut berlaku diwaktu siang kemungkinan ahli jawatankuasa masjid boleh datang dengan segera sebaliknya jika maksiat tersebut berlaku sekitar jam 2 pagi apakah ahli jawatankuasa masjid boleh datang dengan segera.??Pada pendapat saya campur tangan srs dalam menangani kemaksiatan di taman srimuda merupakan satu jihad yang baik dari sudut pandang islam dan mereka yang memahami cara hidup seorang islam.Ada juga suara-suara sumbang dari ajk srs sendiri yang kurang senang dengan cara kerja srs menangani jenayah dan maksiat di Taman srimuda sekarang ini.Pada pandangan mereka Srs seharusnya banyak bertolak ansur dalam urusan cegah maksiat dan kalau boleh jangan guna kekerasan kepada pembuat maksiat tersebut.Begitulah pandangan dan pendapat mereka(AJK) yang menganggap diri mereka lebih bijak dan lebih arif tentang bagaimana menangani isu maksiat dalam ajaran  islam.Pada penulisan artikel kali ini saya akan huraikan maksud bertolak ansur dalam ajaran islam supaya mereka tidak terlalu menganggap anggota srs keterlaluan dalam menangani maksiat dan jenayah disini.Salah satu kreteria bagi manusia untuk masuk jannah,masuk surga,masuk firdaus adalah tolak ansur.Allah berkata dalam surah al-asaf bab 103 ayat 1 sampai 3 bahawa demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman,mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.Tolak ansur salah satu kreteria untuk masuk jannah,jika kita tidak punya tolak ansur maka menurut al-assar kita tidak akan masuk surga.Bukan hanya tolak ansur,kita juga harus menasihati orang lain untuk bertolak ansur.Definisi tolak ansur ada bermacam-macam tapi saya ingatkan pada mereka,bahawa tolak ansur memiliki batasannya juga.Apa yang dimaksud dengan tolak ansur?sebagai contoh,ada orang yang berbuat salah padamu tapi kamu tidak balas dendam,itu bagus.Tapi berapa lama?tolak ansur memiliki batasan dan dalam islam,zalim adalah orang yang berbuat jahat atau boleh dikatakan orang yang suka menyakiti orang lain.Ada dua macam zalim iaitu orang yang menyakiti orang lain dan orang yang menyakiti dirinya sendiri.Ada dua macam dan dua-duanya disebut zalim,menyakiti orang lain dan dirinya sendiri.Nabi Muhammad sallallahualaihiwassallam berkata dalam hadis Sahih Muslim”Apabila kamu melihat perbuatan yang salah,jika boleh kamu harus menghentikannya dengan tanganmu,jika tidak boleh dengan tanganmu,hentikan dengan mulutmu atau lidahmu,jika itu juga  tidak boleh kamu lakukan,setidaknya kutuklah dalam hatimu bahawa perbuatan itu salah.Jika kamu lakukan itu,kamu adalah orang yang beriman paling rendah,saya ulangi KAMU ADALAH ORANG YANG BERIMAN PALING RENDAH.Yang harus kita lakukan adalah memiliki tolak ansur seperti di ajarkan Al-Quran surah Al-baqarah bab 2 ayat 153”sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bersabar.Tapi bersabar juga tidak boleh melampaui batas,sabar juga ada batasnya,tolak ansur juga ada batasnya.Saya berikan contoh,jika ada seorang wanita  dirogol,kita tidak boleh berkata”bertolak ansurlah tidak masalah.Jika Allah swt bagi saya kekuatan ketika saya melihat seorang wanita dirogol maka saya akan menghentikannya dengan tangan dan bukannya dengan bertolak ansur atau berlembut dengan orang seperti ini.


Read more...

Air mata Ibu

>> Thursday, October 22, 2009

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya.
"Ibu, mengapa ibu menangis ?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita."
Saya tidak mengerti," kata si anak lagi.
Ibunya hanya tersenyum dan
memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu
menangis ?"

Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada
alasan."

Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian,
si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita
menangis.
Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk
daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah
menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah
ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan
isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan
kepala bayi yang sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari
rahimnya. Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya
sendiri...... Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap
bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.

Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau
letih, sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita,
perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam
situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan
hatinya.

Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin
tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia
berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa
kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk
suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita
menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula
kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami
agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan
perasaannya...

.... Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat
digunakan di mana ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya,
airmata!

" Ini airmata kehidupan." 


Nota: karya ni saya tak tau siapa pengarangnya so kalau secara kebetulan pengarangnya terbaca karyanya ini,saya ucapkan ribuan terima kasih dan meminta izin untuk diletakkan diblok srs ini.






Antaranya yang BELUM SEMPAT WANITA nak bagitau kat LELAKI






1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia
sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di
tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu
akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan
lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia
akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak
cintanya  dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri
wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan
apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap
dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh
tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua
rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum
sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan
baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



by ...Husna_humaira

Read more...

Secret in your name "udins"

you enjoy being leaders and insist on having your own way in a group.you love taking on responsibilities.you are often criticized for being domineering an vain and rarely admit being wrong.you are ambitious and never stop trying to reach your goals.

Read more...

Perempuan Indon dicekup bersama 5 lelaki Bangladesh

>> Tuesday, October 20, 2009

Taman srimuda zon B – 20 Oktober 2009 Hasil maklumat dari penduduk taman srimuda,satu serbuan cegah maksiat dilancarkan di blok 3L.Kira-kira jam 8:15 malam team srs telah bersiap didewan masyarakat untuk mendengar taklimat dari encik sapari selaku ketua pasukan sebelum serbuan dibuat.Dengan kekuatan 18 anggota srs,Berjaya menahan lima pemuda Bangladesh dan seorang wanita Indonesia berusia dalam lingkungan 30an.Ketika pintu diketuk,mereka tidak terus membukanya mala cuba menyembunyikan diri diatas tangki simpanan air dan dibelakang pintu bilik.Tetapi pengalaman dan kecekapan team srs dalam setiap serbuan menyebabkan tidak seorang pun diantara mereka yang dapat melarikan diri sehingga dapat dibawa kedewan masyarakat untuk menunggu pihak Polis tiba.



Ada antara mereka yang tidak sempat memakai baju...





Inilah semua punca hujan jarang-jarang turun di taman srimuda zon B,rupa-rupanya ada maksiat dibalik bilik


Apa ertinya semua ini???


PUNCA PERUBAHAN CUACA DI SRIMUDA ZON B.








Mungkin ada diantara penduduk taman srimuda zon B yang tidak tahu kenapa perubahan cuaca yang tidak menentu disini.Ini la yang team srs sedang siasat apa punca sebenar cuaca kadangkala diwaktu malam terasa sangat panas tetapi disiang hari walaupun terik pancaran matahari namun tidak sepanas yang dirasakan diwaktu malam.Apakah puncanya semua ini?Pada pendapat saya ini adalah hukum alam yang Allah swt berikan kepada kita semua kerana tidak pernah menegur atau menghalang sesuatu perbuatan maksiat yang secara terang-terangan berlaku dihadapan kita semua.Ada juga diantara penduduk taman srimuda yang cukup warak tentang selok-belok agama islam tetapi bila melihat sesuatu kemungkaran berlaku dihadapannya,dia hanya mampu mengutuk didalam hatinya tetapi insyah Allah team srs yang dipimpin oleh saudara kashfi tidak akan mengutuk sesuatu kemungkaran didalam hati mereka melainkan mereka yang memiliki iman yang lemah.Team srs akan terus memantau kegiatan jenayah dan maksiat dari semasa kesemasa selagi diperlukan oleh penduduk setempat.






NAIB BIRO KESELAMATAN TAMAN SRIMUDA ZON B BILA SUDAH DEWASA KELAK.





PHOTO KENANGAN JURUKAMERA SRS SELEPAS PENERIMAAN TALI PINGGANG HITAM PADA TAHUN 1997 DI KENINGAU SABAH.


KEPADA PELAWAT BLOG YANG INGIN MELIHAT VIDEO SRS SILA KLIK DISINI







Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah. 



written by Yudhi at 2008-03-10 




Read more...

5 remaja belasan tahun ditahan srs

>> Monday, October 19, 2009

Taman srimuda - Ahad 18 oktober,serbuan team srs taman srimuda zon B keatas sebuah rumah plate pada ahad lalu sekitar jam 2:15 pagi,berjaya menahan 5 remaja berusia belasan tahun dan 2 darinya adalah gadis remaja juga dalam usia belasan tahun.Mereka semua kemudian dibawa ke dewan masyarakat rukuntetangga untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.Sebelum keluarga mereka sampai.biro keselamatan srs taman srimuda zon B iaitu encik Khasfi sempat memberi teguran dan nasihat agar perbuatan seperti ini tidak berlaku lagi dimasa akan datang.





Team srs taman srimuda membawa 5 remaja belasan tahun ke dewan masyarakat

Remaja terbabit diberi taklimat berupa teguran dan nasihat oleh biro keselamatan encik Kashfi

Inilah encik Kashfi yang memakai baju srs.

Read more...

Pengambilan senarai nama baru ahli srs

>> Saturday, October 17, 2009

Malam 17 oktober 2009 semua ahli baru srs taman srimuda zon B diminta hadir ke dewan rukuntetangga untuk mengisi borang srs.Sila bawa kad pengenalan dan 2 keping gambar untuk pendaftaran ahli baru manakala ahli lama diminta hadir sama kerana malam ini ada rondaan sukarela seperti biasa.

Read more...

Bangla tinggal serumah dengan wanita indon

Taman srimuda zon B. Khamis 15 oktober 2009- selama hampir 6 bulan membuat intipan keatas sebuah rumah yang dihuni warga banglades akhirnya team srs yang diketuai oleh encik kasbi membuat pemeriksaan terhadap rumah warga banglades tersebut.Hasil dari pemeriksaan tersebut mendapati ada seorang wanita indonesia tinggal bersama dirumah tersebut.

Nota:gambar tidak dapat disertakan atas sebab teknikal.

Read more...

JAMUAN RUMAH TERBUKA ANJURAN SRS TAMAN SRIMUDA ZON B

>> Sunday, October 11, 2009

Antara jamuan yang dihidangkan





Satey kajang ni ditempah khas dari restoran satey kajang

Antara tetamu yang hadir terdiri daripada kaum keluarga srs dan penduduk setempat



























Inilah udins jurucamera srs taman sri muda zon B
































Udins sempat merakam gambar sendiri dengan bantuan rakannya Jamadil
















Inilah pandangan dari luar dewan masyarakat taman srimuda zon B

Read more...

Van jenis Toyota dipandu secara merbahaya



Taman Srimuda Zon B - Ahad 11 oktober 2009 jam:03:05 am ketika srs taman srimuda membuat rondaan sukarela yang diketua oleh biro keselamatan penduduk  iaitu en.Kasbi.Kami  terlihat sebuah van putih dipandu secara mululu dipersimpangan jalan berhampiran sekolah menengah taman srimuda zon B dan tanpa membuang masa kami mengejar van tersebut dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik encik Kasbi.Ketika van tersebut membelok kesimpang menuju surau taman srimuda zon B,kami terus memotong van tersebut dan mengarahkan pemandunya agar berhenti untuk pemeriksaan srs.Ketika pemeriksaan keatas pemandu dan seorang rakannya kami mendapati pemandu van tersebut dalam keadaan mabuk.Pada mulanya pihak kami hendak menghubungi pihak polis tetapi atas budi bicara mereka berdua encik kasbi mengubah fikiran dan hanya menasihatkan keduanya agar jangan mengulangi perbuatan seperti itu dimasa akan datang.
 
Inila van jenis Toyota yang srs taman srimuda zon B tahan kerana dipandu secara melulu. 


Pemberitauhan kepada semua ahli srs taman srimuda dan juga penduduk yang tinggal berhampiran dengan taman srimuda zon B untuk datang ke majlis rumah terbuka anjuran SRS pada hari AHAD 11 oktober 2009 bermula jam 8:00 hingga jam 12:00 malam.


Read more...

PHOTO KENANGAN KOMUNITI BERSAMA POLIS

>> Tuesday, October 6, 2009



GAMBAR BERSAMA TUAN ACP NOOR AZAM OCPD SHAH ALAM BERSAMA EN. KASHFI & PN. ANITA



PHOTO KENANGAN SEMASA KEMPEN CEGAH JENAYAH







PHOTO KENANGAN SRS BERSAMA POLIS

GAMBAR KENANGAN ANGGOTA SRS BERSAMA OCPD SHAH ALAM, TUAN ACP NOOR AZAM DAN OCS BALAI SRI MUDA, SJN. BOSTAMAM

GAMBAR KENANGAN ANGGOTA SRS BERSAMA OCPD SHAH ALAM, TUAN ACP NOOR AZAM DAN OCS BALAI SRI MUDA, SJN. BOSTAMAM

GAMBAR KENANGAN ANGGOTA SRS BERSAMA OCPD SHAH ALAM, TUAN ACP NOOR AZAM DAN OCS BALAI SRI MUDA, SJN. BOSTAMAM





POCO- POCO JIRAN WANITA

" NI LA ORANG KUAT WANITA TAMAN SRI MUDA..."

Read more...

JOM RONDA BERSAMA PDRM

JOM RONDA BERSAMA PDRM

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH

LAWATAN JPIN DARI NEGERI SABAH













Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.



Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.



Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu


Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab




5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.




2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.




Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.




Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.


Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.


Rukun Tetangga-Pengenalan

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. JawatankuasaRukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
















Lorem Ipsum





















PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010

PHOTO KENANGAN MULIDUR RASUL 2010



  © Blogger Taman Sri Muda Zon B udins by bugis keningau udins 2008

Back to TOP